nugget ayam

Setiap ibu di dunia pasti nak sediakan sarapan menarik untuk buat anak bangun awal dan tarik selera makannya. Oleh itu, anda boleh cuba buat Nugget Ayam versi stick ini.

Nugget Ayam ialah produk ketulan daging ayam yang dilapisi dengan tepung roti atau bater, kemudian digoreng atau dibakar.

Dicipta pada tahun 1950, snek ini telah menjadi menu restoran makanan segera yang popular, serta produk sejuk beku yang banyak dijual untuk kegunaan di dapur.

Seiring dengan zaman moden, banyak resipi Nugget Ayam yang diolah mengikut kreativiti tersendiri supaya lebih berkhasiat dan mudah dimakan di rumah.

Seperti perkongsian resipi Nugget Ayam oleh Nurul Natasya Abidin di Facebook ini, dia membuatnya dalam bentuk stick supaya nampak lebih menarik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Nugget Homemade Tanpa Kukus, Campur-Campur Terus Goreng!

RESIPI NUGGET AYAM VERSI STICK

nugget ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam bahagian dada (kisar)
  • Daun sup (cincang halus)
  • Lobak merah (cincang halus)
  • 2 sudu tepung ubi
  • 5 sudu tepung gandum
  • Garam
  • Lada sulah

Bahan salut untuk goreng:

Cara-cara:

1. Mula-mula, rebus atau kukus semua bahan terlebih dahulu.

nugget ayam

2. Jika susah melekat pada batang aiskrim, chopstick atau lidi, rebus dalam bentuk bulat terlebih dahulu, kemudian baru cucuk.

3. Selepas itu, boleh bekukan dahulu untuk dijadikan sebagai salah satu stok makanan sejuk beku. Nak goreng terus pun boleh.

4. Apabila nak goreng, gaul dengan telur dan salutkan dengan tepung gandum dan tepung jagung.

5. Akhir sekali, goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Kemudian, angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Nugget Ayam versi stick begini pasti buatkan anak anda berselera memakannya. Jika tak diawasi, silap-silap mereka akan makan sampai habis tanpa tinggalkan satu pun untuk anda.

Anda boleh nikmati snek ini dengan cicah sos cili atau mayonis sebagai sarapan atau minum petang bersama anak-anak di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Natasya Abidin

Baca juga: Resepi Hash Brown Mudah, Boleh Buat Sarapan Atau Bekal Untuk Anak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN