Setiap kali keluar berkelah, memang tak sah lah jika tiada sesi masak memasak untuk mengisi perut kan? Namun baru-baru ini, seorang individu berkongsikan satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku semasa mereka sedang seronok berkelah.
Semuanya gara-gara tempat memasak yang sedang digunakan untuk membakar daging ini meletup secara tiba-tiba. Malah kebanyakan netizen turut sama terkejut melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata ini.
@huzaifahmiorbadri Meletop guysss‼️‼️
♬ original sound – Huzaifah Mior Badri – Huzaifah Mior Badri
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang memasak di kawasan air terjun itu. Pada awalnya, semua berjalan dengan baik sahaja malah mereka juga dilihat begitu seronok memasak dan meluangkan masa di situ.
Tidak lama kemudian, tempat memasak yang digunakan untuk membakar daging itu meletup secara tiba-tiba menyebabkan ianya tercampak. Letupan kecil itu juga turut membuatkan mereka terkejut dibuatnya ditambah pula dengan bunyi yang kuat itu.
Difahamkan kejadian ini berlaku kerana tekanan udara di bahagian bawah tempat memasak itu menyebabkan batu atau simen itu meletup dibuatnya. Malah ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama dan menasihati orang ramai untuk berhati-hati.
Sumber: TikTok @huzaifahmiorbadri
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…