Musim durian adalah musim yang paling ditunggu ramai, lagi-lagi buat ‘hantu durian’.
Mengupas buah durian memang bukan sesuatu mudah, apatah lagi jika tidak terbiasa. Kulit durian yang tajam dapat membuat tangan terluka apabila tidak berhati-hati.
Seperti yang semua tahu, kebiasaannya cara kupas durian adalah dengan membelah bahagian tengah durian menggunakan parang atau pisau sehinga sedikit terbuka. Kemudian kita membukanya dengan tangan sehingga terbuka sepenuhnya.
Baca juga: Tips Simpan Durian Supaya Tahan Lama, Setahun Pun Elok Lagi
Cara Orang Thailand Kupas Durian
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang peniaga menunjukkan cara dia membuka durian yang lain dari lain. Difahamkan pengguna TikTok tersebut merupakan warga Thailand.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut kelihatan seorang peniaga membuka durian dengan cara memotong kulit durian sehingga kelihatan isi, berbeza dengan cara kita di Malaysia.
“Geramnyaa tengok dia kupas durian..”
Menerjah ke ruangan komen, ternyata ada beberapa komen dari rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan cara pengguna TikTok tersebut membelah raja buah itu.
“Nak mudahkan kerja kot..”
Mungkin dengan cara tersebut mudah untuk pelanggan membeli tanpa was-was sekiranya buah rosak, lembik, keras atau sebagainya.
Sumber: TikTok @kawaleepu