Nasi Telur Terengganu merupakan resipi turun-temurun dari Terengganu yang jarang ditemui. Kebiasaannya dimakan bersama kurma ayam dan acar jelatah.
Juadah ini mungkin kelihatan rumit untuk disediakan tapi percayalah sangat berbaloi untuk dicuba!
Jom cuba resipi oleh Encik Md Mx yang cukup lengkap ini!
Baca juga: Dessert Ringkas Tapi Rupa Kayangan, Jom Cuba Sandwich Cheesecake!
Bahan-bahan:
Untuk Lapisan Telur:
Untuk Lapisan Daging:
Untuk Bawang Goreng:
Cara-cara:
1. Goreng telur seperti membuat scrambled egg dan campurkan dengan satu sudu kecil kicap pekat manis dan sedikit garam.
2. Potong daging kecil-kecil. Rebus daging dengan air, kulit kayu manis, dan bunga cengkih. Apabila air hampir kering, masukkan bawang besar dan minyak masak. Tambahkan gula dan garam. Goreng sebentar sahaja.
3. Campurkan minyak sapi dan minyak masak untuk menggoreng bawang merah. Tapiskan minyak lebihan apabila bawang sudah digoreng.
4. Masak 5 pot beras dengan 10 pot air. Masukkan sedikit garam.
5. Apabila air nasi hampir kering, titiskan pewarna kuning. Biarkan nasi masak sepenuhnya.
6. Dalam periuk besar, lapiskan nasi yang masih panas dengan lapisan daging dan bawang goreng. Kemudian, lapisan nasi, telur kisar, dan bawang goreng. Ulangi proses sehingga habis.
7. Panaskan semula nasi dengan api kecil. Siram minyak goreng bawang di atas nasi. Panaskan nasi selama setengah jam.
8. Nasi Telur sesuai untuk jamuan Hari Raya dan majlis keluarga besar. Ia boleh dinikmati dengan ayam masak merah, acar.
Sumber: Md Mx
Baca juga: Resipi Rendang Minang, Makan Dengan Nasi Panas-Panas, Memang Padu!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…