nasi minyak

Setiap kali dapat jemputan ke kenduri kahwin, semestinya ramai yang menantikan hidangan Nasi Minyak yang cukup beraroma dan sedap dimakan.

Secara asasnya, hidangan unik ini merupakan nasi berperisa yang dimasak dengan rempah-ratus dan sedikit minyak sapi.

Ia merupakan hidangan istimewa kepada rakyat Malaysia yang merupakan simbol rasmi keraian dan kegembiraan. Oleh sebab itu, hidangan ini sering dijumpai ketika kenduri.

Banyak resipi yang dikongsikan di media sosial sampaikan ramai yang cuba membuatnya sendiri di rumah.

Mazliza Ahmad juga tak ketinggalan untuk berkongsikan resipi Nasi Minyak Kampung di Facebook. Anak-anaknya cukup menyukainya!

Baca juga: Rindu Nasi Minyak Kenduri? Jom Buat Sendiri Kat Rumah Ikut Resipi Ini

RESIPI NASI MINYAK KAMPUNG

nasi minyak

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras basmathi (saya guna jasmin basmathi pusa gold)
  • 5 pot air (1 pot diguna untuk kisar dengan bawang goreng)
  • 2 sudu makan planta (nak guna minyak sapi pun boleh)
  • Rempah 3 serangkai (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 rempah sup bunjut Adabi
  • 1 genggam bawang goreng (kisar dengan air)
  • Garam dan perasa
  • 1 sudu makan kismis
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*

Cara-cara:

1. Kisar bahan bertanda (*), panaskan periuk nasi, kemudian masukkan planta.

2. Tumis rempah 3 serangkai.

3. Masukkan bahan kisar, rempah sup bunjut, kismis, garam dan perasa.

4. Masukkan juga bawang goreng yang sudah dikisar dengan 1 pot air.

5. Masukkan beras dan 4 pot air, kemudian tutup periuk nasi dan biarkan sehingga masak.

nasi minyak

6. Apabila sudah masak, kaiskn dengan garfu untuk mengelakkan nasi menjadi patah-patah. Siap untuk dihidang!

Hidangan ini sangat enak dimakan ketika masih panas lagi bersama lauk Ayam Masak Merah, dalca dan acar.

Apalah salahnya sekali-sekala nak buat hidangan istimewa untuk seisi keluarga. Selepas ini tak perlulah tunggu ada jemputan kenduri lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Mazliza Ahmad

Baca juga: Set Nasi Minyak Terengganu, Resipi Lengkap Dengan Aneka Lauk Sampingan Lain

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN