nasi lemak tanpa santan

Kebiasannya, nasi lemak sedap mesti dimasak dengan santan. Rupanya ada resipi nasi lemak tanpa santan dan menggunakan rempah-rempah yang biasa ada di dapur kita. Nak cari nasi lemak sedap bukan senang. 

Peniaga nasi lemak ini, Cik Puan Siti Nor Fatin bukannya calang-calang wanita. Beliau memiliki Diploma Kejururawatan. Tapi disebabkan tak nak berjauhan dengan anak-anak, dia sanggup tidak memilih kerjaya jururawat.

Baca juga: [VIDEO] Cara Bungkus Nasi Lemak Daun Pisang, Mudah Dan Kemas

Sebaliknya beliau menjadi suri rumah yang menjual nasi lemak di depan rumahnya. Resipi nasi lemak ini merupakan resipi turun temurun daripada emaknya.

Percaya atau tidak, nasi lemak yang dijualnya itu hanya RM1 sebungkus. Baru berniaga empat hari, wanita ini sudah menjual kira-kira 40 ke 50 bungkus nasi lemak setiap hari. Itulah duit poket suri rumah ini.


RESIPI NASI LEMAK TANPA SANTAN

nasi lemak tanpa santan

Sebenarnya saya tolong mak saya meniaga dari darjah dua. Sekarang umur saya 26 tahun. Saya pilih jadi suri rumah sebab tak kuat nak tinggalkan anak-anak. Setiap kali saya masak nasi mesti bergenang air mata teringatkan masa kecil-kecil dulu.”

Sekarang saya pula teruskan legasi tu. Specialnya nasi lemak ni saya tak pakai santan. Saya share resipinya. Mana tahu ada suri rumah nak buat meniaga juga.

Bahan nasi:

  • Beras
  • Daun pandan
  • Garam

Bahan tumis darat:

  • Bawang Kecil
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih

Bahan sambal tumis: 

  • Bawang besar – kisar dengan minyak siap
  • Cili kisar
  • Asam keping
  • Gula kabung
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan hiasan:

  • Timun – potong serong
  • Kacang – goreng
  • Telur rebus – belah dua

Cara penyediaan: 

1. Beras basuh dan masak macam biasa. Masukkan daun pandan dan garam.

2. Sementara itu, tumiskan ke semua bahan tumis darat dan masukkan dalam nasi. Bila nasi dah nak kering, kacau biar sekata.

3. Untuk penyediaan sambal pula, tumis bawang besar yang dah dikisar. (kisar dengan minyak siap-siap)

4. Bila dah wangi baru masukkan cili kisar. Biarkan sehingga pecah minyak.

5. Masukkan air, asam keping, gula, garam. Saya guna gula kabung. Masak sehingga kering.

6. Lepas itu, boleh hidangkan dengan timun, kacang dan telur.

7. Sedia untuk dihidang atau dijual.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Tip Masak Nasi Lemak Guna Santan Kotak, Barulah Wangi Dan Masak Sekata

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN