Makanan yang popular dari negara jiran iaitu Thailand mestilah daging style danok. Juadah ini wajib dihidangkan bersama-sama sos cili Thai buatan sendiri. Baru lah best!
Hidangan ini kalau dibeli luar, sudah tentu harganya tidak kurang mahalnya. Tapi, anda boleh buat sendiri di rumah dengan ikut sahaja resipi lengkap di bawah. Confirm suami sayang!
Perkongsian oleh Cik Puan Faizzah Razmi, sesuai sebagai menu makan tengah hari.
Baca juga: Resepi Puding Coklat Tanpa Gagal, Ada Bahan ‘Ini’ Baru Tak Hancur
Bahan Perapan Daging (Perap Semalaman):
Bahan Sos:
Cara Penyediaan Sos:
1. Tumbuk akar daun ketumbar, bawang putih, dan cili padi sehingga lumat.
2. Masukkan sos ikan, gula melaka, gula perang, beras yang disangai (dan ditumbuk), serta perahan limau nipis. Gaul sebati.
3. Masukkan sos cili dan sos tiram, kemudian gaul rata.
4. Masukkan daun ketumbar yang dipotong dan bawang besar yang dihiris nipis.
5. Tambahkan sedikit garam secukup rasa. Gaul sebati dan sos sedia untuk dihidangkan.
1. Perap daging dengan bahan-bahan perapan semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
2. Bakar daging dalam oven pada suhu 150°C selama 20-30 minit atau sehingga daging masak sepenuhnya.
Selamat mencuba! Memang sedap kalau dipadankan bersama taugeh goreng. Mesti makan hingga menjilat jari.
Sumber: Faizzah Razmi
Baca juga: Resepi Roti Boy Homemade Gebu, Aroma Kopinya Memikat Sungguh
Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…
Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…
Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…
Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…
Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…
Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…