Categories: Resipi

Cara Buat Nasi Lemak Pandan, Sambal Dan Ayam Goreng Berempah. Memang Sedap!

 

Tiba-tiba teringin pula nak makan Nasi Lemak Pandan hari ini. Lagi sedap bila terbayangkan makan bersama-sama sambal ikan bilis dengan ayam goreng berempah. Memang terbuka selera dibuatnya.

Untuk anda yang tercari-cari resipi nasi lemak pandan yang lengkap, bolehlah lihat resipi penuh ini. Nak buat untuk berniaga pun boleh. Memang sedap kejadiannya jika ikut betul-betul cara membuat set ini.

Baca juga: [VIDEO] Cara Bungkus Nasi Lemak Daun Pisang, Mudah Dan Kemas

Bukan apa, nasi lemak pandan ini memang unik dan sedap kerana bau pandannya yang harum semerbak membuatkan sesiapa sahaja akan tergoda untuk memakannya.

Jika buat di rumah, memang puas dapat makan berulang kali. Anak-anak pun tentu suka. Jom lihat cara-caranya di bawah.


RESIPI NASI LEMAK PANDAN, SAMBAL & AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan untuk nasi lemak:

  • 2 1/2 cawan beras
  • 1 kotak santan -200ml
  • 4 helai daun pandan – blender, tapis ambil airnya.
  • Air secukupnya untuk menanak nasi
  • 3 ulas bawang kecil – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 helai daun pandan – dikat
  • 1 inci halia diketuk
  • Sedikit pewarna hijau
  • Garam secukupnya

Cara buat nasi lemak:

1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah serta bawang putih, kemudian masukkan halia, serai serta simpulan daun pandan.

2. Masukkan santan, air daun pandan, garam serta beras. Tambah air secukupnya.

3. Pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti nasi biasa.

4. Apabila nasi sudah masak, kacaukan dengan garfu supaya nasi tidak patah.

5. Setelah nasi masak bolehlah dihidang dengan lauk atau bahan sampingan. Bahan sampingan lain seperti sambal ikan bilis, ayam goreng berempah, ikan bilis goreng, telur rebus serta hirisan buah timun.

Bahan untuk sambal ikan bilis:

  • Ikan bilis
  • 2 cawan cili kering kisar
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • 4 ulas bawang merah – dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih – dihiris halus
  • 2 biji bawang besar – dihiris bulat
  • Garam serta gula secukupnya

Cara buat sambal:

1. Panaskan kuali, tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar. Goreng sehingga cili garing.

2. Masukkan belacan serta air asam jawa. Biarkan mendidih.

3. Masukkan ikan bilis serta bawang besar. Kemudian masukkan pula garam serta gula.

4. Rasakan ia, jika dah ok barulah diangkat untuk dihidangkan.

Bahan untuk ayam goreng berempah:

  • 1/2 ekor ayam dipotong ikut suka
  • 2 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 senduk cili kering kisar
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk kari

Cara buat ayam goreng berempah:

1. Ayam dipotong serta dibersihkan.

2. Bahan yang bertanda* diblender hingga halus.

3. Masukkan kedalam bekas yang berisi ayam tadi, masukkan cili kisar, serbuk kunyit, serbuk kari serta garam dan gula. Gaul sebati ayam dan bahan.

4. Perapkan dahulu sebelum digoreng. Lebih lama perap lagi sedap.


Selamat mencuba.

Sumber: Zulkifli Mat

Baca juga: Mat Salleh Jual Nasi Lemak RM3 Ini Kongsi Petua Masak Sambal Sedap

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago