Categories: Resipi

Nasi Khomok (Khao Mok Gai), Nasi Beriani Style Thailand Yang Boleh Dicuba

Nasi khomok atau turut dikenali sebagai “khao hom mali” adalah istilah Thai untuk beras wangi. 

Nasi ini memang terkenal dengan aroma wangi dan tekstur melekit, yang menjadikannya sesuai untuk hidangan seperti nasi goreng, nasi kuning, dan hidangan nasi lain dalam masakan Thai.

Baca juga: Tip Buat Telur Masin Sedap Guna Telur Ayam Pencen, Cantik Kejadiannya

Nasi jenis ini sering digunakan dalam pelbagai masakan tradisional Thai dan terkenal dengan kualitinya yang tinggi dalam menghasilkan nasi yang enak dan wangi.

Mari ikuti resipi dari perkongsian Encik Khairul Abdullah ini. Boleh buat idea untuk jamu tetamu dan menu hari raya nanti. 


RESIPI NASI KHOMOK, NASI BRIYANI STYLE THAILAND

Khao Mok Gai atau Nasi Khomok atau dipanggil juga Nasi Kumok. Sejenis nasi beriani dari Thailand. Khao Mok Gai bermaksud “Chicken buried in rice” bak kata omputihnya. Sedap berempah nasinya. Nah cara nak buat untuk 4 orang makan.

Bahan Rempah Khomok:

  • 2 sudu kecil rempah kari daging
  • 2 sudu kecil rempah korma
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu lecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

Nota: Satukan semua bahan, campur sedikit air gaul sebati dan jadikan pes. 

Bahan Nasi Khomok:

  • ½ ekor ayam dipotong ikut suka.
  • 2 pot beras basmathi/biasa direndam 30 min dan toskan.
  • 4 sudu besar minyak ghee/minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang serai diketuk dan dipotong
  • 3 ulas bawang merah dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2-3 pokok daun ketumbar, asingkan akar
  • 1 genggam daun pudina jika ada
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak sapi kemudian tumis semua bawang, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sampai layu dan harum kemudian masukkan serai dan akar ketumbar dan tumis sampai agak garing.

2. Kemudian masukkan rempah khomok tadi dan kacau sebati sampai harum dan masukkan ayam. Biar ayam bersalut rempah tadi dan masukkan air, susu cair, kiub pati ayam dan juga garam dan gula jika perlu. Biar didih.

3. Dah mendidih, keluarkan ayam. Masukkan daun ketumbar dan pudina serta beras lalu kacau sebati. Boleh pindah ke periuk letrik jika mahu. Kemudian boleh masukkan ayam di bahagian atas jika suka ayam moist berempah(resepi asli). Kemudian tekan on atau masak seperti biasa.

4. Kalau nak ayam garing, ayam yang dah keluar tadi boleh diperap dengan tepung bestari dan daun kari lalu digoreng dengan api kuat sampai garing dan angkat. Kalau rajin, boleh masukkan dalam airfryer pada suhu 200 degree selama 25 minit.

5. Siap dan hidangkan dengan apa jer sambal dan ulam yang ada. Nak makan nasi dengan ayam sahaja pun dah sedap sangat dah.


Selmaat mencuba resipi Nasi Beriani style Thailand ini.

Sumber: Facebook Khairul Abdullah

Baca juga: Tip Tanam Sweet Basil Dengan Keratan Batang, Memang Lebat Tumbuhnya Nanti

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Buat Sambal Bilis Hitam, Tak Letak Kicap Tapi Tetap ‘Gelap’

Resepi sambal bilis hitam ini memang menjadi kegemaran ramai. Dimasak pula sehingga pekat, lagi memikat…

4 mins ago

Himpunan 6 Resipi Sambal, Membuak-buak Selera Makan Nasi!

Kalau dah tekak orang melayu ini, mesti tak sah kalau tak ada sambal makan dengan…

1 hour ago

Tip Ayam Kampung Goreng Berempah Empuk Elok, Tak Perlu Rebus Pun

Ayam kampung goreng berempah ini memang cukup sedap jika dimakan dengan nasi panas atau diratah…

2 hours ago

Puding Tauhu Laici, Segar Dan Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk

Selepas menjamu selera hidangan utama, pasti anda sekeluarga mahukan pencuci mulut sebagai penutup. Buat anda…

3 hours ago

Kek Coklat Kurma Tanpa Butter, Guna Lebihan Kurma Di Rumah

Jika anda mempunyai banyak lebihan kurma sepanjang bulan puasa yang lepas, anda boleh gunakannya untuk…

5 hours ago

Mushroom Soup & Garlic Bread Gardenia, Mesti Ketagih Punyalah!

Sup cendawan memang sedap kalau dipadankan dengan roti bawang putih atau nama popularnya garlic bread. Tambahan…

5 hours ago