Categories: Resipi

Resipi Sup Kaki Ayam, Cara Masak Paling Mudah Tanpa Perlu Tumis

Penggemar kaki ayam wajib cuba resepi sup kaki ayam yang sangat mudah dan menyelerakan ini. Kaki ayam digemari ramai kerana mempunyai sedikit daging pejal, banyak kulit dan daging lunak. 

Resipi ini juga cukup ringkas kerana tidak perlu tumis sama sekali. Terus rebus saja semua bahan. Jika ada yang mahu mencubanya, jom ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Cahaya Rieqal di bawah.

Baca juga: Kerabu Kaki Ayam Cara MUDAH, Memang Sedap Ratah Gitu Je

RESEPI SUP KAKI AYAM

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam (2 kg)
  • Air isi dalam periuk sampai tenggelam kaki ayam
  • 1 bunjut sup Adabi
  • 1 peket sup Siam Adabi
  • 2 inci halia (hiris kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 ulas bawang putih
  • Akar daun sup dicuci bersih
  • 1@2 kiub ayam Knorr
  • Serbuk Secukup rasa Maggi @ Knorr
  • Garam secukup rasa
  • Gula 2 sudu kecil

Cara-cara:

1. Rebus kaki ayam dan semua bahan-bahan lain di dalam periuk selama 1 jam lebih sehingga kaki ayam menjadi lembut.

2. Kalau guna periuk pressure cooker, masak dalam 15 hingga 20 minit pun sudah lembut.

3. Bila nak makan, taburkan bawang goreng. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Cahaya Rieqal

Baca juga: Ini 4 Rahsia Nak Bagi Kaki Ayam Empuk Dan Tak Hamis, Baru Sedap Nak Makan

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

1 hour ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago