Negeri di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia sangat popular dengan pelbagai jenis nasi kerabu dan salah satunya ialah Nasi Kerabu Bunga Telang.
Resipi Nasi Kerabu Bunga Telang yang dikongsikan oleh rezwati di blognya mempunyai warna biru yang lebih menyerlah walaupun tanpa pewarna. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Lengkap Menu Nasi Kerabu Kelantan, Sek Kito Jange Pecoh!
RESIPI NASI KERABU BUNGA TELANG
Bahan-bahan:
- 5 cawan beras
- 15 hingga 20 kuntum bunga telang (kisar dan ambil airnya saja)
- 3 helai daun pandan (disimpul)
- 2 batang serai (diketuk)
- Air secukupnya
Cara-cara:
1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan.
2. Masukkan beras, air bunga telang, daun pandan dan serai ke dalam periuk nasi anda.
3. Tambah air jika perlu dan gaul rata beras, kemudian masak sehingga kering. Siap!
Bahan-bahan sampingan:
- ½ biji kelapa
- 1 batang serai
- Ikan tawar
- 1 buku lengkuas
- 1 ikat batang kesum
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 1 biji bawang putih (ditumbuk)
- Gula melaka secukupnya
- Garam secukupnya
- Bunga kantan
- Daun serai wangi
- Daun kesum
- Kacang panjang
- Daun gajus
- Timun batang
- Taugeh
Cara-cara penyediaan bahan sampingan:
1. Parut kelapa dan goreng tanpa minyak sehingga garing, kemudian tumbuk sedikit untuk merangupkan lagi kelapa tersebut. Kelapa goreng ini boleh ketepikan dahulu.
2. Rebus ikan tawar dan ambil isinya, kemudian tumbuk isi ikan dan goreng tanpa minyak. Isi ikan rebus ini juga boleh ketepikan dahulu.
3. Masak budu bersama serai, lengkuas, kesum, bawang putih, bawang merah, gula melaka dan garam, kemudian tambah sedikit air untuk mencairkan budu. Ketepikan juga budu ini.
4. Hiris ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun serai wangi, daun kesum, daun gajus, kacang panjang, timun batang dan taugeh (pilihan ulam bergantung kepada citarasa masing-masing).
Semasa menghidang Nasi Kerabu Bunga Telang, campurkan semua bahan sampingan iaitu kelapa goreng, isi ikan rebus, ulam-ulaman dan budu yang dibuat tadi.
Selamat mencuba!
Sumber: rezwati
Baca juga: Nasi Kerabu Kuning Diraja, Resipinya Memang Sedap Sokmo!