Kadangkala makan nasi putih berlauk pun boleh membuatkan kita bosan, bila ada resepi nasi kari ayam ini boleh la menaikkan selera semula. Makan panas-panas memang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kadangkala makan nasi putih berlauk pun boleh membuatkan kita bosan, bila ada resepi nasi kari ayam ini boleh la menaikkan selera semula. Makan panas-panas memang sedap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Khairul Abdullah di Facebook.
2 pot beras, cuci dan toskan
1 tin kari ayam/kambing/daging
½ biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
3-4 sudu minyak untuk menumis
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga naik bau dan bawang sedikit garing kemudian masukkan kari ayam. Kacau rata.
Masukkan beras dan tambah sedikit garam lalu kacau rata. Masukkan air ikut sukatan beras.
Masukkan dalam periuk nasi dan tunggu sehingga nasi masak. Siap da boleh dihidang.
Hanya letak air separuh sukatan sahaja untuk mengelakkan nasi menjadi lembik.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…