PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2019-06-28 05:00:54

Nasi kandar memang makanan ikonik di negeri Pulau Pinang. Pelancong yang datang pasti takkan pulang tanpa merasai makanan yang menjadi simbol keunikan Pulau Mutiara. Buat korang yang ada di Pulau Pinang atau yang tengah plan nak ke sana, ini antara lokasi nasi kandar yang padu korang kena cuba. 

 1. Ali Ameir Nasi Kandar

Foto Kredit: hungryonion.org

Ali Ameir beroperasi seawal jam 6.30 pagi sehingga 11 pagi. Ali Ameir Nasi Kandar akan ditutup untuk beberapa jam sebelum dibuka kembali pada jam 6:30 petang. Korang jangan pelik ye! Orang utara memang pagi pun makan nasi.

2. Rahmat Berkat Nasi Kandar

Foto Kredit: syilingperingatan.blogspot.com

Haa..Rahmat Berkat boleh dikatakan sebelah-sebelah je dengan Ali Ameir. Cuma, dia bukannya bangunan jenis shoplot. Gerai kecil je. Tapi, pelanggannya tetap ramai. So, kalau korang nak try nasi kandar Rahmat Berkat kena cepat tau sebab dia dibuka dari jam 9 malam sampailah makanan habis. Siapa cepat dia dapat!

3. Nasi Kandar Kampong Melayu

Foto Kredit: vkeong.com

Nasi kandar Kampong Melayu terkenal sebab dia paling havoc serve nasi kandar di waktu pagi. Mesti korang pelik kenapa makan nasi kandar waktu pagi kan? Haa, sebenarnya orang dulu-dulu makan nasi kandar pagi-pagi supaya ada tenaga untuk kerja. And of course nasi kandar kat Kampong Melayu ni admin jamin sedap!

4. Deen Maju, Jalan Gurdwara

Foto Kredit: deenamik.com

Haa.. Siapa je yang tak tahu Deen Maju. Admin pun rasa tak perlu nak cerita lebih. Hari-hari orang ramai beratur panjang kat sini. Memang confirm sedap. Ini antara nasi kandar yang korang wajib try kalau sampai Pulau Pinang. 

5. Shariff Nasi Kandar

Foto Kredit: vkeong.com

Shariff Nasi Kandar ni salah satu nasi kandar favourite admin. Sebenarnya, tak ramai yang tahu pasal Shariff Nasi Kandar kalau nak dibandingkan dengan Deen Maju atau Kampong Melayu. Dulu Shariff Nasi Kandar ni hanyalah gerai kecil tepi jalan tapi sekarang dah tukar jadi shoplot

So, hangpa yang kat Penang ataupun yang nak pergi Penang kena serbu tempat-tempat ni. Memang takkan menyesal lah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN