nasi goreng udang

Mak-mak yang kering idea nak habiskan lebihan nasi untuk makan malam, anda boleh cuba buat Nasi Goreng Udang Kahwin yang sungguh unik ini.

Hidangan ini dinamakan sebagai Nasi Goreng Udang Kahwin oleh seorang pengguna di Facebook iaitu Afy AL Habibi kerana menggunakan 2 ekor udang. Jom kita cuba resipinya!

Baca juga: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!

RESIPI NASI GORENG UDANG KAHWIN

nasi goreng udang

Bahan-bahan:

  • 4 senduk nasi
  • 2 ekor udang
  • Telur
  • ½ potong ikan tenggiri jeruk
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • ½ sudu kecil kicap lemak manis
  • ½ sudu kecil kicap ikan
  • 1/3 sudu kecil kicap golden mountain
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • 1/3 sudu kecil serbuk lada sulah
  • ½ sudu kecil gula
  • 2 cubit perasa
  • Batang dan daun kailan
  • Lobak merah
  • Cili padi Thai (diketuk, jika suka pedas, ketuk lumat)
  • Bawang holland
  • 1 sudu kecil bawang putih goreng

Bahan tumis:

  • 3 ulas bawang putih (diketuk atau dicincang)
  • 3 tangkai cili padi Thai (diketuk)
  • Minyak bawang putih

Cara-cara memasak:

1. Panaskan 1 senduk kecil minyak masak biasa dan 1 sudu minyak bawang putih, kemudian goreng ikan tenggiri jeruk sehingga agak garing dan ketepikan.

2. Selepas itu, tumis bawang putih sehingga wangi dan cili padi.

3. Masukkan udang dahulu dan goreng sampai kulitnya bertukar warna atau hampir masak, kemudian ketepikan.

4. Pecahkan sebiji telur dan biar mengeras sedikit, baru kacau.

5. Masukkan sos perasa yang disenaraikan (boleh tambah atau kurang mengikut sukatan nasi) dan kacau seketika.

6. Sedia masukkan 4 sudip nasi ke dalam kuali.

*Nak nasi goreng sedap, saya suka guna beras tempatan kerana lebih lembut dan kejadiannya sama seperti di kedai.

nasi goreng udang

7. Masukkan batang kailan, kemudian biar nasi dan batang kailan masak dahulu.

8. Kacau-kacau dalam 3 hingga 4 minit (boleh guna api besar sedikit).

9. Sebelum tutup api, masukkan baki sayur dan hiasan tadi serta 1 sudu kecil bawang putih goreng.

10. Kacau dalam seminit, terus tutup api. Jangan lama-lama supaya sayur tak bertukar warna atau bahan hiasan layu. Siap!

Kami yakin jika anda buat Nasi Goreng Udang Kahwin di rumah, mesti suami puji kesedapannya nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Nasi Goreng Ikan Rebus, Nak Tambah Lagi Sedap Kena Letak Bahan ‘Ini’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN