Categories: Resipi

Nasi Goreng Daging Simple Buat Ramai Terliur, Rupanya Ada ‘Rahsia’ Di Akhir Masakan

Nasi goreng daging simple merupakan antara menu yang sering menjadi pilihan ramai kerana mudah disediakan dan menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur. Walaupun ringkas, hidangan ini tetap mampu memberikan rasa yang cukup sedap dan mengenyangkan.

Jika anda sedang mencari resipi yang cepat untuk disediakan pada waktu sarapan, makan tengah hari atau makan malam, perkongsian oleh Zulkifli Mat di Facebook ini mungkin boleh menjadi pilihan untuk dicuba hari ini.

Baca juga: Resepi Mi Kuah Daging Pekat Dan Padu, Rahsia Sedap ‘Yakmat’ Kena Guna Air Rebusan Daging

RESIPI NASI GORENG DAGING SIMPLE

Bahan-bahan:

  • Nasi putih secukupnya
  • Daging yang telah dimasak atau direbus
  • Bawang putih (dicincang)
  • Bawang merah (pilihan)
  • Daun bawang (pilihan)
  • Cili padi diketuk
  • 1 hingga 2 biji telur
  • Sedikit rempah sup
  • Sedikit serbuk kari (pilihan)
  • Sos tiram
  • Fish sauce
  • Perasa mengikut citarasa
  • Serbuk lada putih
  • Sayur kailan
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit minyak sapi

Cara-cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah, daun bawang dan cili padi sehingga naik bau.

2. Masukkan telur dan kacau sehingga sedikit garing.

3. Masukkan daging bersama sedikit rempah sup. Jika suka, boleh tambahkan sedikit serbuk kari.

4. Masukkan sos tiram, fish sauce dan perasa pilihan, kemudian kacau hingga sebati.

5. Masukkan nasi putih dan gaul rata bersama semua bahan.

6. Taburkan serbuk lada putih. Jika nasi kelihatan kering, tambah sedikit minyak. Laraskan rasa dengan menambah fish sauce atau kicap manis mengikut citarasa.

7. Masukkan sayur kailan dan kacau seketika sehingga layu.

8. Akhir sekali, titiskan sedikit minyak sapi, gaul rata dan tutup api.

Tips Nasi Goreng Daging Lebih Sedap:

  • Gunakan nasi yang telah disejukkan atau disimpan semalaman supaya teksturnya lebih cantik dan tidak mudah lembik.
  • Goreng telur sehingga sedikit garing untuk menambahkan aroma dan rasa pada nasi goreng.
  • Jika suka rasa lebih pedas, tambahkan jumlah cili padi mengikut citarasa.
  • Jangan masukkan terlalu banyak sos kerana ia boleh menyebabkan nasi menjadi lembap.
  • Masukkan sayur kailan pada peringkat akhir supaya kekal rangup dan segar.
  • Sedikit minyak sapi sebelum menutup api boleh menjadikan nasi goreng lebih wangi dan menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Zulkifli Mat

Baca juga: Nasi Goreng Simple Sedap Untuk Sarapan, Masak Ringkas Tapi Memang Buka Selera

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

15 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

16 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

19 hours ago