Jom buat nasi goreng cina ala-ala kedai makan yang simple dan sedap. Tak pedas sangat, anak-anak pun suka sangat makan nasi goreng ni. Boleh buat untuk hidangan makan malam, tengah hari dan juga sarapan pagi.
Sesuai juga dijadikan bekalan untuk anak-anak ke sekolah.
Hidangan ini di masak hanya menggunakan bawang putih dan tidak menggunakan bahan memasak yang banyak dalam penyediaannya.
Baca juga: Pelbagai Resipi Nasi Goreng Di Sini
Letak udang fresh barulah sedap. Kalau ada nasi putih yang tak habis makan malam semalam, korang boleh masak hidangan ini waktu pagi! Takde lah nasi basi nanti.
Masak sendiri je lagi best. Kalau makan kat luar, kekadang ngam dengan tekak dan citarasa kita. Kekadang tak juga. Kena tengok, kedai tu ramai orang datang makan atau tak. Kalau ramai yang datang, besar kemungkinan menu-menu kat kedai tu semua sedap-sedap belaka.
Resipi nasi goreng cina ini telah di kongsikan oleh Anez Awanis melalui laman Facebooknya. Mudah dan sedap sangat rasanya.
Kalau semua bahan memasak dah lengkap, 10 minit je dah siap! Guna kuali lagend baru syok. Puas hati masak sendiri dari makan kat luar kan. Jimat pun jimat!
Resipi nasi goreng cina simple dan sedap. Boleh buat untuk sahur bulan ramadhan, kejap je nak siapkan. Kena simpan banyak stok perencah la untuk bulan puasa nanti.
Bahan-bahan:
Bahan hiasan:
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng telur hancur. Ketepikan.
2. Tambah sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan ayam , masak sampai empuk kemudian masukkan sayur campur.
4. Masukkan nasi dan telur hancur td, gaul semua hingga sebati.
5. Masukkan perencah nasi goreng cina Seri Aji. Gaul sebati.
6. Masukkan sos bijan. Kacau sekejap dan tutup api.
7. Hiaskan dengan daun sup,bawang goreng dan cili merah. Siap untuk dihidang!
Bahan-bahan kat atas tu bergantung pada berapa banyak kuantiti nasi. Kalau banyak nasinya, maka korang kena tambah juga bahan-bahannya.
Mudah je kan resipi ni! Kalau nak rasa asli masak nasi goreng ini, jangan lupa letak sikit minyak bijan. Barulah dapat rasa keasliannya itu.
Selamat mencuba!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…