Categories: Resipi

Nasi Ayam Penyet Ala Wong Solo, Sedapnya Bikin Makan Bertambah-Tambah!

Siapa yang pernah makan nasi ayam penyet di restoran terkenal itu pasti akan teringat-ingat kelazatannya bila pulang ke rumah.

Namun, kedai ini tidak terdapat di semua tempat. Ada yang sanggup datang dari jauh hanya untuk menikmati nasi ayam ini.

Jika teringin, selepas ini anda tidak perlu susah-susah datang ke kedai, kerana ada resepi nasi ayam penyet ala kedai tersebut yang boleh dicuba di rumah.

Jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: Nasi Goreng Orang Dulu-Dulu, Resipi Legend Ini Memang Sedap Lain Macam

RESEPI NASI AYAM PENYET ALA WONG SOLO

Bahan-bahan:

  • 10 ketul ayam bahagian paha
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • Serai
  • Daun bay
  • 3 labu bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Cabai hidup
  • Cabai melaka merah
  • Cabai melaka hijau
  • Belacan
  • 2 biji tomato
  • Asam jawa
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 2 kiub ayam
  • Kicap ABC
  • Gula putih
  • Gula melaka
  • Garam
  • Minyak masak
  • Tempe
  • Tauhu
  • Salad
  • Timun

Cara-caranya:

  1. Rebus ayam, kemudian blend kunyit bersama bawang putih. Masukkan sekali serai, lengkuas, daun bay, kiub ayam dan garam. Rebus sehingga ayam masak. Ambil 1/2 jug air rebusan ayam dan sejukkan (air rebusan ayam ini untuk membuat kremes).
  2. Untuk membuat sambal, goreng dahulu tomato, bawang-bawang, belacan dan semua jenis cabai. Goreng sehingga layu, kemudian blend kasar. Masak semula dan masukkan gula, garam, dan asam jawa. Masak sehingga sambal bertukar warna gelap.
  3. Untuk membuat cabai kicap, ambil setengah labu bawang putih dan segenggam cabai melaka (tumbuk) lalu masukkan ke dalam kicap ABC.
  4. Yang paling sedap, kremes! Campurkan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, telur dan air rebusan ayam (pastikan air rebusan sejuk). Satukan semua bahan dan goreng (rujuk video).
  5. Ayam pula dicelup dalam adunan untuk buat kremes dan goreng. Goreng juga tauhu dan tempe.
  6. Masak nasi seperti biasa (kalau guna beras wangi, lagi sedap).

Kredit: Maya Miera

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Pandan Paling Mudah, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Nasiha

Recent Posts

Roti Nak Expired? Jom Buat Cucur Roti Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…

2 days ago

10 Serbuk Matcha Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Beli, Barulah Sedap Bancuh Air!

  Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…

2 days ago

Jenis Mangga Yang Popular Di Malaysia, Orang Kata No. 3 Isi Sedap Dan Manis Leting!

Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual…

2 days ago

Bubur Biskut Kapal, Resipi Legend Orang Perak Yang Ramai Tak Tahu!

Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…

2 days ago

Ayam Kicap Jawa Bersantan, Pembuka Selera Kenyang Sampai Menyandar!

Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…

2 days ago

Resipi Sardin Kicap Pedas, Rasa Lagi ‘Power’ Dari Masak Sambal!

Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula.…

2 days ago