nasi arab mandy

Kalau dah bosan asyik makan nasi putih, apa kata ibu-ibu buat kelainan dengan mencuba resipi nasi arab mandy yang sedap dan mudah ini.

Resipi perkongsian Puan Aisyah Humaira ini bukan sahaja ringkas, tetapi hasilnya juga sangat menyelerakan. Bagi yang belum pernah buat, jom cuba sendiri di rumah!

Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Padu, Nasi Gebu & Daging Lembut Elok!

RESEPI NASI ARAB MANDY MUDAH DAN LAZAT

Bahan-bahan nasi:

  • ½ kilo beras basmati dimilas dan rendam setengah jam lalu toskan.
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • 3 biji bawang merah tak perlu hiris
  • 5 ulas bawang putih tak perlu hiris
  • 1 sudu kecil biji lada hitam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar rempah nasi arab

Bahan kisar untuk nasi:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 4 sudu besar sos cili

Cara-cara masak nasi:

  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan di atas kecuali bahan kisar. Setelah bawang layu, masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan beras dan air rebusan ayam, perisakan dengan sedikit garam dan gula. Sukat air dan masak nasi seperti biasa.
  3. Bila nasi separuh masak, boleh masukan 2-3 batang cili hijau atasnya dan beberapa ketul daging/ayam yang telah masak.nasi arab mandy

Bahan untuk ayam dan kuah sup:

  • 1 ekor ayam potong 4
  • 4 biji bawang putih tak perlu hiris
  • 1 biji bawang besar potong 4
  • 4 keping hirisan halia
  • 5 biji lada hitam
  • 2 biji kiub pati ayam
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit perwarna saffron untuk cantikan warna nasi
  • Air secukupnya (pastikan air lebih sebab air rebusan ini akan digunakan juga untuk masak nasi)

Cara buat ayam dan kuah sup:

  1. Masukkan semua bahan di atas dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.

Bahan kisar untuk pes ayam panggang:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar rempah nasi arab
  • 6 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara buat pes ayam panggang:

  1. Kisar semua bahan ini dan ratakan pada ayam yang telah direbus tadi. Lalu panggang/goreng hingga perang dan siap.

Bahan-bahan salad arab:

  • 3 tangkai daun ketumbar dihiris
  • 2 biji bawang merah dipotong dadu
  • 1 biji tomato hiris dadu
  • ½ batang timun Jepun dihiris dadu
  • 1 bekas kecil yogurt plain
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam dan sedikit garam

Cara buat salad arab:

  1. Satukan semua bahan diatas dalam satu bekas dan kacau sebati.

Bahan-bahan sos harrah:

  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 10 biji cili padi merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 4 keping hirisan halia
  • Sedikit air rebusan ayam
  • Sedikit perahan lemon dan garam, gula secukup rasa

Cara buat sos harrah:

  1. Kisar semua bahan di atas siap.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Madu Lazat Menjilat Jari, Sedap Sampai 2 Hari Masak Menu Sama

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN