Categories: Resepi

Nak BBQ Bersama Keluarga? Ini Cara Jimat Penyediaan Kambing Perap Yang Sedap & Padu!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-09-10 04:24:55

Bagi yang sukakan aktiviti barbeku, sudah pasti daging kambing ini menjadi antara kegemaran mereka. Namun, untuk membeli kambing perap yang ‘ready made’, kita memerlukan kos yang agak tinggi kerana harganya yang mahal di pasaraya. Oleh itu, apa kata kita cuba cara yang lebih berbaloi dengan memerap daging sendiri di rumah. Jimat pun jimat!  Jom ikuti perkongsian resipi ini daripada Farmiza Masur menerusi Facebooknya.


Kredit: Farmiza Masur

 

Bahan perapan:

  • 2kg kepingan kambing
  • 1 paket sos lada hitam
  • 1 labu bawang putih (dikupas)

 

Cara memasak:

  1. Basuh daging kambing sebersihnya dan toskan bagi membuang air lebihan.


    Kredit: Farmiza Masur
     

  2. Kemudian, potong dadu separuh labu bawang putih tadi manakala separuh lagi dikisar bersama sos lada hitam.


    Kredit: Farmiza Masur


  3. Ambil kepingan daging kambing tadi dan celupkan ke dalam sos hingga rata.


    Kredit: Farmiza Masur
     

  4. Selepas itu, letakkan daging kambing yang sudah disalut sos tadi ke dalam bekas dan perapkan selama 2 hari seeloknya. Ini supaya rasa perapan benar-benar menyerap ke dalam isi kambing.


    Kredit: Farmiza Masur


  5. Setelah cukup diperap, panggang daging kambing seperti biasa sehingga masak. Anda boleh menikmatinya dengan memakan bersama kentang putar dan sos lada hitam.


    Kredit: Farmiza Masur

 

Bahan sos lada hitam:

  • 1 tin sos carbonara berkrim
  • 2 biji ubi kentang rebus (dilenyek)
  • Susu segar (sukatan 1 tin sos carbonara)
  • ¾ sudu makan lada hitam (dikisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 2 sudu makan mentega
  • Kicap manis secukupnya
  • Garam secukupnya


Kredit: Farmiza Masur
 

Cara memasak:

  1. Panaskan kuali lalu cairkan mentega dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos carbonara, susu dan kentang yang dilenyek tadi. Pastikan anda sentiasa menggaulnya supaya tidak hangus.
  3. Kemudian, masukkan serbuk lada hitam dan kicap. Sukatan kicap perlu diagak-agak sehingga mendapat warna yang dikehendaki. Selepas itu, tambahkan juga garam secukup rasa.
  4. Kepekatan sos ini mengikut cita rasa masing-masing. Tambahkan air atau susu sehingga mendapat tekstur yang anda ingini.


Kredit: Farmiza Masur
 

Siap! Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba!

myresipi

Recent Posts

Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…

2 hours ago

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

4 hours ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

4 hours ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

6 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

6 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

7 hours ago