Nak anak bijak? Selalunya ayam goreng memang menjadi kegemaran dan kesukaan anak. Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada hidangan ini. Goreng saja pun sudah cukup buat anak-anak.
Tak dinafikan ayam goreng mesti ada dalam setiap hidangan di rumah atau mungkin makanan laut lain.
Inilah makanan yang mesti ada. Malah, ada yang bandingkan ayam hanya untuk keluarga yang ‘ada-ada’ saja. Manakala ikan untuk orang biasa.
Walaupun anak suka makan ayam goreng, jangan sesekali tinggalkan lauk ikan kerana ia sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan tentang khasiat ikan yang bagus untuk perkembangan otak anak berbanding ayam goreng mahupun lauk lain.
Sebagai maka ayah, biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain.
Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.
60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.
Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.
Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.
Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.
Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.
Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.
Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.
Baca juga: Nasi Goreng Sosej, Menu Ringkas Untuk Anak Yang Tak Nak Makan Sayur
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…