Ada bermacam rungutan yang dikongsikan oleh netizen di media sosial mengenai makanan yang dibeli di bazar Ramadan. Terbaharu, seorang pengguna laman sosial TikTok meluahkan rasa kecewa selepas mendapati murtabak yang dibeli sangatlah nipis dan intinya sedikit.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, lelaki yang dikenali sebagai @nas250rrmlk berkongsi video tersebut dengan kapsyen, “alhamdulillah Murtabak Transparent RM6”.
Berdasarkan kapsyen tersebut, murtabak yang dijual pada harga rm6 itu tidak ada rupa seperti murtabak langsung. Malah, ia kelihatan seperti roti canai telur sahaja.
Baca juga: Kurma Campur Mentega, Makanan Sunnah Nabi Tetapi Ada Hadnya – Saranan Dr Zulkifli
Tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa ramai pengguna media sosial turut memberikan pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut. Rata-rata pengguna turut terkilan dengan sikap penjual yang mementingkan diri.
Video asal:
@nas250rrmlk alhamdulillah Murtabak Transparent RM6 🗿✨ #fyp #ramadhankarim #murtabak
♬ original sound – Zack Ismail(Pok Ya Loghat Ulu) – Zack Ismail @ Pok Ya Loght Ulu
Sumber: TikTok @nas250rrmlk
Baca juga: Selebriti Kongsi Tip Tahan Haus Ketika Puasa, Masukkan Ini Dalam Air Suam Masa Sahur
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…