Categories: ResipiTips & Petua

Mudahnya Buat ‘Cencaru Sumbat Sambal’ Guna Air Fryer, Kalau Goreng Minyak Jadi Kotor!

Jom buat cencaru sumbat sambal guna air fryer. Guna air fryer ni lagi mudah sebab kalau goreng nanti akan kotorkan minyak dan membazir bila dah tak boleh guna minyak tu.

Kalau buat ikut cara ni, rempah dalam ikan pun tidak akan keluar. Jom lihat cara-caranya di bawah yang telah dikongsikan oleh Munira Ali. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Resipi Cencaru Sumbat Sambal Guna Air Fryer

Bahan-bahan:

  • 1 ½biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili besar
  • 4@5 tangkai cili api
  • Belacan sikit
  • Cukup rasa
  • Asam jawa
  • Gula 1 sudu

Sukatan bahan di atas untuk 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalau ikan banyak, boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas boleh lebihkan cili.

Cara-cara:

1. Sukatan bahan di atas untuk 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalau ikan banyak, boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas boleh tambah cili.

2. Kisar semua bahan kecuali asam jawab. Letak air sedikit supaya senang nak kisar, jangan banyak. Kalau tumbuk lagi sedap.

3. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sekejap supaya sambal masak. Letakkan juga asam jawa semasa sedang menumis.

4. Bila dan siap tumis. Sumbatkan ke dalam ikan yang sudah dibelah tengah.

5. Kemudian masukkan ke dalam air fryer. Sembur sedikit minyak pada ikan supaya tak terlalu kering.

6. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit. Kemudian terbalikkan ikan dan bakar lagi selama 15 minit. Nak garing boleh tambah lagi 5 minit.

Selamat mencuba!

Kredit: Munira Ali

Nasiha

Recent Posts

Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

Peminat kek pasti mengetahui kewujudan Kek Minyak Red Velvet yang cukup lembut dan gebu. Ia…

11 hours ago

Ramai Tak Tahu Buah Goji Bagus Untuk Apa, Sebenarnya Banyak Khasiat

Buat anda yang baru pertama kali mendengar buah goji, anda pasti tertanya-tanya buah apakah ini?…

12 hours ago

Popia Seaweed Gulung Tak Guna Modal Banyak, Gulung Terus Siap

Seaweed sangat popular dalam hidangan makanan Jepun dan ada yang gunakannya sebagai bahan utama dalam…

12 hours ago

Lemang Periuk Kera, Antara Menjaga Tradisi & Ancaman Kepupusan

Lemang periuk kera semakin diminati oleh pencinta lemang tempatan dan sering mendapat permintaan tinggi setiap…

13 hours ago

Kopi Daun Bawang Kini Menjadi Trend Di China, Berani Cuba?

Sejenis minuman istimewa berupa air kopi dibancuh bersama daun bawang kini menjadi trend di China.…

13 hours ago

Cara Buat Donut Gebu Tanpa Perap, Dah Siap Uli Boleh Terus Digoreng!

Jom cuba resepi donut gebu ini. Teksturnya yang lembut menjadikan ia snek kegemaran ramai tidak…

14 hours ago