Tak perlu beli lagi, rupanya mudah sangat cara buat kuetiau sendiri di rumah. Baru lebih terjamin bersih dan tak was-was nak makan. Caranya juga tidak susah mana. Hanya menggunakan 2 jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung ubi saja.
Kalau ada yang nak cuba buat sendiri kuetiau, ikut saja cara-caranya yang dikongsikan oleh Fiza Mh di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Kuetiau Sup Chinese Style Paling Mudah, Anak-Anak Pasti Suka
Cara Buat Kuetiau Homemade
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan air
Cara-cara:
1. Sediakan kukusan. Guna kuali sahaja pun boleh.
2. Satukan semua bahan-bahan. Kacau rata jangan sampai bergentel.
3. Griskan loyang pengukus dengan minyak sayuran.
4. Tuang sesenduk adunan batter ke dalam loyang. Pastikan semua ruang loyang dipenuhi dengan adunan batter dengan menggoyang-goyangkan loyang tadi. (guna senduk lauk tu)
5. Kemudian kukus sehingga masak lebih kurang dalam 7 hingga 10 minit.
6. Biarkan sejuk sekejap, kemudian griskan permukaan kuetiau dengan minyak sayuran tadi. Keluarkan dari loyang, susun bertindan. (ulang proses ini sehingga selesai)
7. Sapukan permukaan pisau dengan minyak, kemudian boleh dipotong mengikut saiz yang disukai. Siap!
Tips: Semasa nak potong, kalau pisau pendek boleh lipat dua lempeng kuetiau itu. Senang nak potong.
Kredit: Fia Mh