Memasak memang seronok. Bila tengah masak, kadang kala kita terlepas botol kicap atau minyak tertumpah atas lantai itu perkara biasa.
Tapi bab nak cuci tu yang pening kepala. Mop sampai 3 kali pun lantai masih berminyak.
Rupanya ada cara yang lagi mudah nak bersihkan minyak yang tertumpah. Sekali cuci je terus bersih, lantai pun confirm tak berminyak.
Nak tahu macam mana caranya, jom baca tips yang dikongsi oleh Julespitch di bawah.
1. Ambil tepung gandum. Taburkan ke atas minyak masak yang tumpah di atas lantai itu.
2. Ratakan tepung ke seluruh permukaan yang ditumpahi minyak. Tambah lagi tepung jika tidak mencukupi.
3. Ulikan tepung sehingga menyerap semua minyak.
4. Tepung akan meresap minyak dan menjadi bentuk seadakan doh.
5. Bersihkan permukaan lantai dengan tisu serap minyak.
6. Hasilnya permukaan lantai akan menjadi bersih dan bebas kesan minyak.
@julespitch Tips bersihkan minyak masak tertumpah. Jangan pakai mop terus nanti leceh nak bersihkan mop yang berminyak pula 😖 #fypdongggggggg #fypシ #tipsdapur #tipsbersihrumah
Kredit: TikTok @julespitch
Kalau makan yong tau fu, antara perkara yang membuatkan hidangan ini lebih menarik mestilah kuahnya.…
Kek marble antara hidangan klasik yang tidak pernah hilang peminat. Gabungan warna yang menarik dengan…
Resepi churros ini boleh dijadikan pilihan kalau sedang mencari idea snek ringan untuk anak-anak, lebih-lebih…
Ayam lemon madu boleh menjadi pilihan menarik untuk menu makan malam, terutama bagi yang inginkan…
Resepi kerabu kaki ayam ini memang boleh buat lupa lauk lain! Kaki ayam yang kenyal…
Badan selalu terasa lenguh dan otot pula mudah tegang selepas melakukan aktiviti harian? Ada satu…