Kalau tiada idea nak masak apa, jom cuba resipi makaroni bakar yang mudah dan sedap ini.
Sesuai juga kalau nak buat bekal untuk ke tempat kerja atau untuk bekal anak-anak ke sekolah.
Resipi ini sangat senang untuk dicuba kerana tidak perlu menggunakan sos segera.
Jom lihat cara-cara memasaknya dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Mastura Mukhtar di bawah.
1. Rebus makaroni. Tempoh masa merebus lihat pada paket. Bila dah masak, tapis dan ketepikan.
2. Tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang. Gaul rata.
3. Masukkan rempah kari, rempah sup dan sos tiram. Tumis.
4. Masukka carrot, capsium dan cendawan butang. Kacau dan masak sehingga rata.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Untuk sos putih, masukkan butter dan masak sehingga cair. Kemudian tambahkan susu segar, tepung jagung dan 2 keping cheddar cheese.
7. Tuang sos putih atas permukaan makaroni sebelum dibakar. Siapa suka cheese, boleh taburkan cheese mozarella.
8. Bakar selama 10 minit pada suhu 180°C. Taburkan daun parsley segar untuk hiasan.
Kredit: Mastura Mukhtar
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…