
Minuman segar mata untuk tengok World Cup memang menjadi penyelamat apabila mata mula terasa berat, tetapi perlawanan bola masih belum habis. Waktu siaran yang kebanyakannya lewat malam atau awal pagi buat ramai orang perlukan sesuatu untuk kekal berjaga dan biasanya kopi jadi pilihan utama.
Namun sebenarnya, terlalu bergantung pada kopi bukanlah satu-satunya cara untuk kekal segar. Ada banyak lagi pilihan minuman segar yang boleh bantu badan rasa lebih ringan, segar dan kekal fokus sepanjang perlawanan berlangsung.
Menariknya, minuman segar ini bukan sahaja membantu mengurangkan rasa mengantuk, malah boleh buat suasana menonton bola jadi lebih seronok dan tidak terasa terlalu letih. Jadi, sebelum mata benar-benar ‘tutup sendiri’, jom lihat beberapa pilihan minuman yang mudah dibuat di rumah untuk temani malam World Cup.
SEANARAI MINUMAN SEGAR YANG SESUAI UNTUK TEMAN TENGOK WORLD CUP

1. Air Lemon Madu Sejuk
Minuman klasik yang tak pernah mengecewakan. Campuran lemon segar dan madu bukan saja menyegarkan, tapi juga bantu bagi tenaga secara semula jadi. Tambah ais batu memang padu!
Tip: Letak sedikit daun pudina untuk rasa lebih fresh.
2. Air Cincau Susu
Kalau nak yang lebih creamy tapi masih segar, air cincau susu memang pilihan tepat. Cincau bantu sejukkan badan, manakala susu bagi rasa kenyang sikit supaya tak asyik cari jajan masa tengok bola.
3. Teh Hijau Ais
Teh hijau ada kafein ringan yang cukup untuk buat mata lebih fokus tanpa rasa “overstimulated” macam kopi. Bila diminum sejuk-sejuk, memang terus rasa segar.
Tip: Tambah hirisan lemon untuk rasa lebih kick.
4. Air Laici Selasih
Minuman ini memang popular masa tengok bola sebab rasa dia ringan, manis dan menyegarkan. Biji selasih pula bantu bagi sensasi sejuk dalam badan, sesuai sangat untuk lawan mengantuk.
5. Smoothie Pisang & Yogurt
Kalau nak minuman yang lebih “mengenyangkan”, smoothie ini pilihan terbaik. Pisang bantu bagi tenaga semula jadi, yogurt pula bantu sistem penghadaman kekal stabil walaupun berjaga malam.
6. Air Oren Segar
Vitamin C dalam oren bukan sahaja bagus untuk imun badan, tapi juga bantu tingkatkan kesegaran mental. Bila diminum sejuk-sejuk, memang terus rasa “awake” balik.
7. Air Limau Kasturi
Limau kasturi diperah, tambah air dan sedikit gula atau madu. Ringas tapi padu untuk kesegaran mata.
Tengok World Cup memang seronok, tapi kalau badan lesu dan mata berat, memang boleh ganggu mood. Dengan pilihan minuman segarkan mata untuk tengok World Cup selain kopi ini, sekurang-kurangnya korang boleh kekal bertenaga sampai wisel penamat
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














