Mak-mak mesti nak anak makan dengan teratur walaupun pergi ke sekolah. Jika ada lebihan roti Gardenia, anda boleh buat Mini Pizza sebagai bekal sekolah mereka.
Pizza adalah hidangan sedap dari Itali yang terdiri daripada asas doh berasaskan gandum yang biasanya bulat dan rata dengan pelbagai jenis sos dan keju.
Pelbagai bahan lain seperti cendawan, bawang, ayam, nanas, daging dan lain-lain dijadikan sebagai topping di atasnya.
Baca juga: Resipi Pizza 5 Bahan Guna Roti Keping, Tak Perlu Pakai Oven!
Oleh sebab pizza hanya boleh didapati di restoran Western, ada yang sanggup memesannya untuk makan di rumah bersama keluarga.
Sekarang ramai yang cuba buat sendiri di rumah. Ada juga yang guna roti Gardenia untuk membuatnya.
Seperti perkongsian resipi Mini Pizza daripada Nourha Sein yang menggunakan roti Gardenia di Facebook, ia cukup menarik untuk mak-mak cuba.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Tekap balang kat roti, bagi bentuk bulat.
2. Basahkan roti dengan sedikit air supaya lembab dan tak kering masa bakar. Guna sudu atau renjis-renjis saja.
3. Sapu sos spaghetti atau sos tomato.
4. Susun hirisan crab stick dan sosej (celur dulu).
5. Parut cheddar cheese.
6. Paipkan sos cili atau tomato, mayonis dan sos thousand island.
7. Tabur dried parsley, mix herbs atau oregano (yang mana ada kat dapur).
8. Bakar 5 hingga 10 minit suhu 170°C. Siap!
Mini Pizza dengan keju berlemak, ditambah pula topping dengan sos yang masam manis. Ia boleh buat sesiapa saja terliur melihatnya.
Kanak-kanak mudah tertarik dengan makanan yang nampak menarik dan mudah dimakan. Jika anda buat Mini Pizza sebagai bekal sekolah, pasti mereka suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Nourha Sein
Baca juga: Piza Roti Tanpa Bakar, Resipi Guna Roti Buku Ini Dapat 4.4K Shares!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…