mini pizza roti

Resipi mini pizza roti ini sangat sesuai untuk mak-mak yang kehabisan idea untuk menyediakan bekal anak-anak ke sekolah atau bagi sesiapa yang memerlukan hidangan potluck yang ringkas tapi sedap.

Yang paling best, resipi ini hanya memerlukan beberapa bahan asas yang mudah didapati. Mini pizza roti ini perlu dinikmati semasa masih panas, di mana keju masih cair dan roti masih rangup.

Jom cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini.

Baca lagi: Kek Coklat Cheese Kukus, Saiznya Yang Kecil Comel Senang Nak Makan!

RESIPI MINI PIZZA ROTI

Bahan-bahan:

  • Roti keping
  • Sos tomato Prego (atau mana-mana sos pasta tomato pilihan anda)
  • Sosej atau crab stick
  • Keju slice atau keju mozzarella
  • Serbuk parsley
  • Serbuk oregano

Cara-cara Membuat Mini Pizza Roti:

1.  Potong roti mengikut kreativiti atau kesukaan anda. Boleh dipotong segi tiga, segi empat, atau dibiarkan tanpa potongan untuk versi mini pizza yang lebih besar.

2. Ambil satu sudu sos tomato Prego dan sapukan rata di atas setiap keping roti.

3.  Letakkan irisan sosej atau crab stick di atas roti yang telah disapu sos. Jika suka, boleh juga tambahkan topping lain seperti hirisan cendawan, lada benggala atau ayam kisar.

mini pizza roti

4. Ambil kepingan keju atau taburkan keju mozzarella di atas setiap mini pizza.

mini pizza roti

5. Untuk menyedapkan lagi mini pizza ini, taburkan serbuk parsley dan serbuk oregano di atasnya.

6. Panaskan oven pada suhu 170°C dan bakar mini pizza selama 10 hingga 15 minit, atau sehingga keju cair sepenuhnya dan roti menjadi sedikit rangup di luar. Jika menggunakan air fryer, anda boleh sesuaikan masa mengikut jenis air fryer masing-masing.

7. Sebelum dihidangkan, boleh letakkan hiasan tambahan seperti lelehan mayonis atau keju cair mengikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Nuralia Idayu

Baca lagi: Cara Buat Roti Sardin Cornflakes, Sedapnya Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN