Categories: Resipi

Mini Mantou Nugget Burger, Sarapan Comel Untuk Anak Ke Sekolah

Anda pernah dengar tentang Mini Mantou Nugget Burger? Ia merupakan burger bersaiz mini yang menggunakan nugget sebagai isinya.

Rupanya yang comel menjadikan ia sebagai sarapan kesukaan ramai. Tambahan pula, sarapan adalah penting untuk memberi tenaga di permulaan hari.

Sebagai seorang ibu, semestinya anda mahu menyediakan sarapan yang ringkas dan mudah buat anak anda. Tapi nak memancing selera anak bukanlah mudah.

Baca juga: Cara Buat Nugget Ikan Homemade, Snek Mudah & Sihat Untuk Anak-Anak

Oleh itu, sekali-sekala anda perlu menjadi kreatif sewaktu menyediakan sarapan. Makanan comel boleh membangkitkan selera anak-anak. Barulah anak lebih bersemangat untuk makan.

Pagi-pagi kadang kering idea untuk buat sarapan yang sedap untuk seisi keluarga, apa kata anda cuba resipi yang dikongsikan oleh Sasha Sabrina ini.

Selain dijadikan bekal makanan untuk anak ke sekolah, ia juga boleh dijadikan sebagai potluck untuk jamuan. Sangat comel!

RESIPI MINI MANTOU NUGGET BURGER

Bahan-Bahan

  • 1 paket Mini Mantou
  • 12 ketul Beef Nugget Ramli
  • 3 keping Daun Salad
  • Mayonis
  • Sos Cili

Cara-cara:

1. Panaskan minyak atas api sederhana.

2. Goreng dan terbalikkan mini mantou.

3. Goreng nugget dalam minyak yang sama. Nak goreng sekali pun boleh.

4. Belah dua mini mantou dan letakkan daun salad dan nugget.

5. Letak sos cili, mayonis dan “kepala” mini mantou. Siap!

Sebagai ibu, semestinya anda lebih tahu kesukaan anak anda. Ada anak yang lebih sukakan cheese berbanding mayonis. Ada juga yang lebih sukakan nugget tempura. Banyak kerenahnya!

Selain mini mantou, anda juga boleh menggunakan mini bun bagi menyediakan resipi ini. Jika anak anda tidak sukakan pedas, anda boleh tukar dengan sos tomato yang enak.

Setiap anak pasti ada cita rasa mereka yang tersendiri. Jadi, resipi Mini Mantou Nugget Burger ini boleh diubah ikut cita rasa anda. Dah cuba sekali, pasti nak lagi. Selamat mencuba!

Sumber: Sasha Sabrina

Baca juga: Cara Buat Mini Burger Guna Nugget Yang Kecil Comel, Modal RM50 Je!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

1 day ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

1 day ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

1 day ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago