Mi wantan kicap mempunyai tekstur lembut dan sedikit kenyal. Rasa dari campuran kicap masin dan kicap manis, menyeimbangkan rasa antara masin dan sedikit manis.
Ayam panggang pula lembut dan mestilah berjus dengan rasa sedikit pedas dari lada hitam. Kombinasi antara mi wantan kicap dan ayam panggang ini menghasilkan satu hidangan yang tak begitu berat tapi sangat sedap.
Jom kita baca resipi yang sangat mudah dan boleh makan pada bila-bila waktu ini.
Baca lagi: Resepi Apam Kampung Gula Merah Tanpa Acuan, Naik Gebu Macam Kek Hasilnya!
RESIPI MI WANTAN KICAP AYAM PANGGANG
Bahan-bahan mi:
- Satu paket mi wantan
Cara penyediaan mi wantan:
1. Leraikan mi terlebih dahulu.
2. Celupkan mi ke dalam air mendidih selama 1 minit.
3. Angkat mi dan celup ke dalam air sejuk berisi ais, biarkan hingga mi sejuk.
4. Kemudian, celup mi semula ke dalam air mendidih.
5. Ulangi proses dengan mencelup mi sekali lagi ke dalam air sejuk.
6. Untuk langkah terakhir, celup mi ke dalam air panas yang sama sekejap sahaja.
7. Toskan mi dan ia sedia untuk digunakan.
Bahan-bahan untuk kicap:
- 2 sudu besar kicap masin
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil perasa (seperti Cukup Rasa)
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil sos tiram
Cara penyediaan:
Gaulkan campuran kicap ini dengan mi yang sudah ditoskan tadi sehingga sebati. Mi wantan kicap anda kini siap dihidangkan.
Bahan-bahan untuk ayam panggang:
- Ayam
- Sos lada hitam
- Sos tiram
Cara penyediaan:
1. Perap ayam dengan sos lada hitam (black pepper) dan sos tiram.
2. Grill ayam di atas kuali non-stick hingga masak sempurna dan beraroma.
Selamat mencuba!
Sumber: Kak Mung Yanie