Categories: Resipi

Mi Kuah Penang Terlalu Sempoi, Tengok Pun Bikin Terliur!

Mi kuah Penang merupakan hidangan yang pasti dicari-cari ketika berada di Utara, Malaysia. Cara untuk membuatnya sangat mudah dan resipi ini boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing.

Tip tambahan supaya kuah anda lebih sedap dan pekat adalah, masak kuah lebih lama sehingga daging atau ayam betul-betul empuk.

Selain itu, untuk pastikan tauge kekal rangup jangan terlalu lama mencelurnya.

Jom tengok resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Talam Ubi Kanda Mudah Dengan 5 Bahan, Bila Makan Terasa Disayangi Adinda!

RESIPI MI KUAH PENANG

Bahan-Bahan Utama:

  • 1 bungkus mee kuning
  • Setengah labu bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 20 batang cili kering
  • Daging/ayam/udang
  • 1 tin sup tomato
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 batang sawi
  • Sejuring kobis

Bahan Sampingan:

  • Daun sup dan daun bawang
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Cili melaka (hijau) dan cili besar (merah)
  • Limau kasturi/nipis (untuk perahan)
  • Tauge (dicelur sekejap)
  • Tomato (dihiris)
  • Taukua (digoreng)
  • Ubi kentang (direbus atau digoreng)
  • Fishcake/fishball (digoreng)

Cara Penyediaan Mi Kuah Penang:

1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, bawang besar, dan cili kering yang telah diblander hingga naik bau dan pecah minyak.

2. Masukkan daging (jika menggunakan daging) dan tumis hingga daging separuh masak. Jika menggunakan ayam atau udang, boleh masukkan kemudian selepas bahan tumisan naik bau.

3. Setelah itu, masukkan sup tomato, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Gaul rata bahan-bahan ini sehingga sebati dengan bahan tumisan.

4. Tambahkan air secukupnya untuk membuat kuah. Jika guna daging, tambahkan air rebusan daging untuk kuah yang lebih berperisa.

5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan gula serta garam secukup rasa.

6. Masukkan sayuran seperti sawi dan kobis ke dalam kuah. Biarkan sayur layu dan kuah masak sebati dengan semua bahan.

7. Rebus telur hingga masak, kupas kulit dan potong dua. Goreng taukua hingga garing dan goreng fishcake atau fishball hingga keemasan.

8. Celur tauge sekejap dalam air panas, kemudian toskan.

9. Hiris tomato, cili melaka, dan cili besar. Sediakan limau kasturi atau nipis untuk perahan sebagai bahan pelengkap hidangan.

10. Letakkan mee kuning yang telah dibasuh ke dalam mangkuk.

11. Sendukkan kuah panas yang penuh dengan sayur-sayuran dan daging/ayam/udang ke atas mee.

12. Tambahkan bahan sampingan seperti daun sup dan daun bawang, telur rebus, bawang goreng, taukua goreng, fishcake atau fishball, tauge, hirisan cili dan tomato.

13. Perahkan sedikit limau kasturi/nipis.

Mee kuah Penang sedia untuk dihidang dan dinikmati!

Sumber: Nurfateha Zakaria

Baca lagi: Cara Pilih Ikan Pari Yang Lembut, Gerenti Tak Keras Macam Getah!

Aisha Qistina

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

6 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

6 hours ago