Categories: Resipi

Ayam Masak Kicap Jawa, Selera Terangkat Sampai Ke Langit Dengan Lauk Ini

Jika mempunyai pasangan berketurunan Jawa, anda kena belajar buat Ayam Masak Kicap Jawa yang sedapnya cukup memikat selera.

Ayam Masak Kicap Jawa lebih kurang sama seperti yang biasa dibuat cuma kuahnya lebih pekat dan ditambah dengan kentang dan suhun sebagai penyedap rasa.

Cara memasak Ayam Masak Kicap Jawa taklah susah mana jika anda mengikut resipi yang dikongsikan oleh Amie’s Little Kitchen di blognya ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Sambal Bali, Buat Lauk Ini ‘Confirm’ Suami Dah Tak Makan Luar

RESIPI AYAM MASAK KICAP JAWA

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging ayam (potong menjadi 10 bahagian, perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, ketepikan)
  • 1 cawan suhun yang sudah direndam hingga lembut
  • 4 biji kentang (kupas kulit dan potong wedges)
  • 1 labu bawang besar (mayang kasar)
  • 1 biji cili merah (hiris kasar)
  • 5 sudu besar kicap lemak manis (saya guna Kicap Cap Kipas Udang)
  • 1 biji cili hijau (hiris kasar)
  • 1 sudu besar lada putih (tumbuk, gunakan lada hitam pun boleh)
  • Rempah 4 sekawan (3cm kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga dan 3 kuntum bunga cengkih)
  • 1 cawan air
  • Garam, gula atau perasa pilihan (jika perlu)

Bahan tumbuk / kisar:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng daging ayam yang diperap sehingga masak. Toskan.

2. Selepas itu, goreng kentang sehingga masak dan kuning keemasan. Toskan.

3. Kemudian, tinggalkan 4 sudu besar minyak bekas goreng ayam dan kentang tadi di dalam kuali.

4. Seterusnya, tumis bahan tumbuk atau kisar sehingga wangi dan kemudian masukkan rempah 4 sekawan.

5. Setelah itu, masukkan ayam goreng dan gaul rata. Tuangkan kicap, lada putih atau hitam serta air dan biarkan kuahnya mendidih dan kemudian masukkan suhun. Gaul rata.

6. Bagi menyempurnakan rasa, tambah dengan garam, gula atau perasa pilihan jika perlu.

7. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Gaul rata beberapa kali dan padamkan api dapur. Siap untuk dihidang!

Ayam Masak Kicap Jawa merupakan hidangan lauk terbaik untuk menu seharian di rumah. Selain itu, lauk ini paling laku keras ketika jamuan Hari Raya atau majlis kenduri.

Selamat mencuba!

Sumber: Amie’s Little Kitchen

Baca juga: Resepi Ayam Cili Kering Simple, Dah Cuba Gerenti Angau Sampai Seminggu!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

7 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

8 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

9 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

9 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

10 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

10 hours ago