Categories: Infomasi

Menu WOW4U Dengan Harga Serendah 9.90 Je! Signature Mix Pun Dah Kembali Di 4fingers

Yes! Anda tak salah baca, 4Fingers memperkenalkan WOW4U, hidangan yang lazat dengan harga yang berpatutan!

Sesuai untuk anda yang enjoy makanan sedap dengan harga yang memang berbaloi! Bermula dari RM9.90 je

Pilih hidangan nasi atau wrap

Tak lengkap hidangan tanpa nasi kan? Jangan risau sebab dalam menu WOW4U ada tiga hidangan nasi yang boleh anda pilih iaitu Chicc Rice Powket, Fiery Rice atau Hearty Chicc Wrap.

Chicc Rice Powket disajikan dalam bentuk sandwich, ianya lengkap dengan ayam bersama sos signature kemudian diapit bersama keju, nasi, sayur dan rumpai laut.

Satu untuk RM9.90, dua untuk RM14.90 je! Baik beli dua kan? Lagi jimat! Kenyang pun kenyang!

Nak hidangan yang all in one? Nah, this Fiery Rice memang untuk korang. Ada isi ayam dan tauhu yang disalut dengan sos signature 4fingers, sayur sayuran segar yang dihidangkan dengan nasi. Hanya RM13.90 je

Selain tu ada juga Hearty Chicc Wrap. Dengan harga RM12.90 korang akan dapat wrap yang penuh dengan isi ayam, sayur dan nasi. Menu ni sesuai untuk anda yang always on the go sebab ianya mudah dimakan dan paling penting mestilah sedap guys!

Lengkapkan hidangan anda bersama minuman pilihan dengan tambahan RM2.50 je. Tak adalah tersedak makan tanpa air :’)

Signature Mix pun ada!

Berita baik untuk peminat Signature Mix dari 4Fingers, sekarang mereka dah bawakan semula hidangan ni untuk korang nikmati bersama tersayang!

Signature Mix yang popular dengan pilihan isi ayam, kepak atau peha ayam ni disajikan sebagai sebuah set yang dilengkapi nasi dan juga air.

Set Signature Mix Regular boleh didapati dengan harga RM19.90 sementara set Signature Mix Extra berharga RM27.90.

Tak perlu beratur, pesan je secara online

Di 4Fingers anda tak perlu risau untuk berbaris panjang sebab anda boleh buat pesanan secara online terlebih dahulu untuk pick up atau dine in melalui laman web rasmi mereka di SINI.

Anda juga boleh buat pesanan melalui aplikasi Grab, ShopeeFood dan foodpanda untuk penghantaran terus ke rumah. Haa.. lagi senang!

Untuk sebarang maklumat lanjut atau promosi terkini, anda boleh layari laman web rasmi, Instagram atau Facebook4Fingers.

Nurul

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

10 hours ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

11 hours ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

13 hours ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

14 hours ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

1 day ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

1 day ago