menu telur

Menu telur mata cabai bawang adalah hidangan yang mudah dan cepat disediakan. Sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam, hidangan ini pasti memikat selera seisi keluarga.

Dengan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati, hidangan ini boleh disediakan dengan cepat. Apa yang menjadikan telur mata cabai bawang istimewa adalah kombinasi rasa bawang yang manis dan cili yang pedas.

Jom kita lihat cara untuk membuat menu yang lazat ini seperti perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Telur Masak Bawang, Menu Jimat Tapi Sedap Bukan Main!

MENU TELUR MATA CABAI BAWANG

menu telur

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 labu bawang merah saiz sederhana (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili semerah (dipotong)
  • 2 biji cili api hijau Thailand (dipotong)
  • Sedikit mushroom seasoning (atau perasa pilihan)

Cara memasak:

  1. Goreng 4 biji telur mengikut keinginan (saya suka telur kuning masih cair), kemudian ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga wangi.
  3. Tambahkan cili semerah dan cili api hijau Thailand yang dipotong. Tumis hingga bahan layu.
  4. Perasakan dengan sedikit mushroom seasoning atau perasa pilihan.
  5. Angkat dan taburkan bahan tumisan atas telur goreng tadi.
  6. Hidangkan dengan nasi putih panas. Siap untuk dinikmati!

Kredit resipi dan gambar: Nur Aisyah

Baca juga: Tips Sambal Telur Rebus Padu, Ada 1 Rahsia Untuk Sambal Jadi Cantik Kemerahan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN