Categories: Infomasi

Menu Hari Raya ‘Popular’ Di Pagi Aidilfitri, Setiap Negeri Berbeza Juadah!

Menu Hari Raya bagi setiap negeri di Malaysia adalah tidak sama. Untung siapa yang dapat pasangan berbeza negeri, boleh rasai budaya yang berbeza!

Bagi sesiapa yang mahu mencuba sesuatu yang berlainan dari biasa untuk dihidangkan pada Hari Raya tahun ini, jom kita tinjau 13 hidangan utama Hari Raya Aidilfitri bagi setiap negeri di Malaysia.

Baa juga: Resipi Kuetiau Thng Untuk Open House Raya, Mesti Tetamu Puji Sedap!

MENU HARI RAYA POPULAR SETIAP NEGERI

1. Kelantan – Nasi Kerabu

Seperti yang ramai sudah tahu, nasi kerabu sangat popular di Kelantan sehingga turut dijadikan hidangan wajib sewaktu perayaan Aidilfitri di negeri itu.

2. Terengganu – Nasi Dagang

Kalau yang beraya di Terengganu, nasi dagang merupakan menu yang wajib ada di pagi Hari Raya pertama. Nasi dagang biasanya dimakan bersama dengan gulai ikan tongkol.

Nasi dagang juga terkenal di Kelantan. Namun kedua-dua negeri ini mempunyai lauk nasi dagang yang berbeza. Nasi dagang Terengganu hanya dimakan dengan kari ikan tongkol. Manakala nasi dagang Kelantan biasanya digandingkan dengan gulai udang, gulai kari syam dan gulai kerutuk itik serati. 

3. Negeri Sembilan – Rendang Hitam Minang

Rendang hitam minang ini biasanya hanya dimasak ketika perayaan terutamanya ketika menyambut Hari Raya. Juadah yang mempunyai rasa rempah dan daging empuk ini selalunya dimakan bersama nasi, lemang dan lontong daun pisang. Pasti ada yang meratah begitu saja disebabkan oleh kesedapan juadah ini.

4. Menu Hari Raya Melaka – Dodol

Dodol boleh dikataka salah satu menu manisan yang wajib ada dalam menu orang Melaka setiap kali Hari Raya. Memasak dodol bukanlah suatu yang mudah, memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Mana tidaknya, proses membuat dodol boleh mencapai sehingga tujuh jam! Tetapi apa yang dilihat daripada aktiviti memasak dodol ini adalah memori meriah ketika bersama keluarga betul?

5. Johor Baharu – Lontong

Bila tibanya Hari Raya, lontong salah satu makanan yang wajib ada di Johor atau pun di rumah orang yang berasal dari Johor. Namun begitum tidak semestinya Hari Raya baru ada Lontong di Johor.

Antara ramuan yang wajib ada dalam lontong ialah tempe, tauhu, kacang panjang dan dimakan bersama kuah lodeh. Ada juga yang makan lontong bersama serunding, telur rebus, sambal tumis dan sambal kacang.

6. Pulau Pinang – Laksa Penang

Laksa penang ataupun laksa asam juga turut menjadi menu wajib ketika Hari Raya bagi orang Pulau Pinang. Walaupun laksa penang boleh didapati ketika hari biasa, tetapi jika dimakan ketika pagi raya, kenikmatanya lain sedikit dari hari biasa.

Perbezaan laksa penang dengan laksa dari negeri lain adalah kuah laksa yang dibuat bersama dengan isi ikan dan dimakan bersama salad, nenas, timun, bawang dan petis.

7. Menu Hari Raya Perlis – Ketupat palas

Peniaga makanan tradisi ini sering mendapat tempahan yang banyak terutamanya pada musim perayaan. Uniknya, ‘Ketupat Palas Peghelih’ ini menggunakan beras pulut dan pati pantan segara.

8. Menu Hari Raya Kedah – Lengat Pisang

Lengat Pisang merupakan juadah yang paling popular di Kedah ketika bulan puasa dan ketika sambutan Hari Raya. Dalam loghat Kedah, lengat bermaksud kukus. Jadi lengat pisang membawa maksud pisang yang dikukus bersama dengan tepung gandum dan juga santan.

9. Perak – Rendang Tok

Pada asalnya, rendang tok menggunakan daging kerbau yang lebih berurat, manis dan dimasak bersama dengan ramuan rendang. Tetapi sekarang ramai yang masak rendang tok menggunakan daging lembu disebabkan daging ini lebih mudah untuk diperoleh.

Rendang tok mempunyai warna yang agak gelap kerana ia dimasak dalam tempoh masa yang agak lama sehingga daging lembut. Biasanya dimakan bersama ketupat dan lemang.

10. Pahang – Puding Raja

Pada zaman dahulu, Puding Raja hanya disediakan sebagai pencuci mulut ketika majlis-majlis yang melibatkan pihak istana. Tetapi sekarang ini semua orang boleh merasa puding raja terutamanya ketika Hari Raya.

Antara bahan-bahan yang ada dalam Puding Raja ialah pisang lemak manis, jala emas (kuning telur yang dimasak dengan gula), buah prun, buah ceri dan kacang gajus.

Jadi anda tidak perlu sedih sekiranya tidak dapat pulang ke kampung! Mungkin dengan menyediakan juadah negeri asal anda dapat mengubati kerinduan ketika menyambut raya bersama keluarga di kampung.

11. Sabah & Sarawak – Kelupis

Kalau di Semenanjung Malaysia, ketupat dan lemang adalah makanan yang popular di pagi Hari Raya, tetapi di Sabah dan Sarawak agak berbeza kerana kelupis merupakan menu yang wajib ada.

Kelupis seakan-akan ketupat pulut, yang membezakannya adalah tekstur kelupis lebih lembut dan mempunyai rasa manis. Kelupis biasanya dimakan bersama rendang ataupun kari ini.

Haa, sekarang dah tahu kan menu raya setiap Negeri di Malaysia adalah berbeza-beza. Mana satu yang menajadi favourite anda?

Kredit: Xtra

Baca juga: 10 Idea Juadah Untuk Open House Raya, Tetamu Puji Melambung Punyalah!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago