menu ets

Siapa di sini yang dah lama tak naik kereta api laju Electric Train Service (ETS)? Kalau ada perancangan nak balik kampung atau bercuti tak lama lagi, ada berita baik. Ramai penumpang yang dah lama tak naik tren terkejut dan puji pilihan menu ets sekarang dah jauh berbeza dan makin sedap!

Mana tidaknya, jika ingat semula menu-menu terdahulu, ada segelintir penumpang yang menyifatkan pilihan makanan yang disediakan agak ‘pelik’ dan kurang menepati selera.

Baca juga: Tular Manggis Dilarang Bawa Masuk Hotel Sama Macam Durian, Bukan Sebab Bau Tapi Ini Puncanya!

PENUMPANG PUJI MENU ETS YANG BAHARU

Menerusi satu perkongsian yang tular di aplikasi Threads daripada akaun @karya_diana, dia sempat mengimbau kembali pengalaman lucunya dengan menu lama ETS sebelum ini.

“Dulu, menu ETS sangat aneh. Honeydew rice la, apa la. Sudahlah tak boleh pilih menu yang kita nak. Sejak berkolaborasi dengan Santan, saya sukaaa!” pujinya dalam hantaran tersebut.

 

View on Threads

 

Perkongsian itu telah mendapat perhatian daripada pihak pengurusan kereta api itu sendiri. Melalui akaun Threads rasmi @ktmbofficial, mereka tampil mengucapkan terima kasih atas maklum balas positif yang diberikan.

“Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Kami amat gembira mengetahui bahawa menu baharu ETS telah menjadi pilihan kegemaran anda. Semoga selepas ini setiap perjalanan bukan sahaja lancar, tapi makan pun puas hati,” balas KTMB mesra.

menu ets

Untuk rekod, transformasi menu yang lebih menyelerakan ini adalah hasil memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Capital A Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) pada tahun lalu.

Kerjasama strategik ini bukan sahaja merangkumi perkhidmatan perjalanan dan logistik, malah melibatkan penambahbaikan sektor makanan dan minuman (F&B) serta program kesetiaan pelanggan.

Jika sebelum ini jenama Santan (anak syarikat F&B Capital A) cukup sinonim sebagai hidangan popular dalam penerbangan AirAsia, kini penumpang dah boleh nikmati menu ikonik mereka secara rasmi di atas landasan kereta api!

Menariknya, menu-menu daripada Santan ini bukan sahaja ditawarkan dalam tren ETS biasa, malah boleh didapati jika menaiki perkhidmatan tren khas popular seperti MySawasdee (laluan dari KL Sentral ke Hat Yai).

Jadi, lepas ini kalau travel jauh naik ETS, tak payah pening-pening nak tapau makanan luar lagi. Perut kenyang, perjalanan pun rasa lebih tenang dan gembira! Adakah anda dah cuba menu kegemaran anda dalam ETS?

Sumber: Thread

Baca juga: Wanita Kecewa Beli Buah Manggis ‘Online’, Bila Buka Kotak Hanya Tinggal Sisa Kulit Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN