menu bekal simple

Tak dinafikan ramai mudah terpengaruh apabila melihat rakan sekerja bawa bekal untuk berjimat. Sebenarnya, ada beberapa menu bekal simple yang anda boleh cuba.

Anda tak perlu masak hidangan yang susah untuk dibawa ke tempat kerja, cukup sekadar menu ringkas yang mengenyangkan sudah memadai.

Baca juga: Cara Buat Meal Prep Bekal Suami Ke Pejabat, Jimat Masa Dan Tak Kalut!

Ramai yang cuba mencari cara untuk berjimat dalam perbelanjaan dan salah satunya adalah dengan membawa bekal ke tempat kerja.

Ini antara idea menu bekal simple ke tempat kerja mengikut hari selama seminggu, siap sarapan dan makan tengah hari sekali. Jom ikut contoh di bawah!

IDEA MENU BEKAL SIMPLE KE TEMPAT KERJA MENGIKUT HARI

  • Isnin: Nasi Putih, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ikan Kering Goreng dan Jambu Batu.

menu bekal simple

  • Selasa: Roti Cheese Bakar, Nasi Putih, Sambal Sardin, Ikan Kering Goreng dan Ayam Goreng.

menu bekal simple

  • Rabu: Roti Bakar, Kentang Bakar, Nasi Putih, Sup Ayam, Sambal Belacan dan Epal.

menu bekal simple

  • Khamis: Pizza Roti, Nasi Putih, Kubis Goreng dan Ayam Goreng.

menu bekal simple

  • Jumaat: Nasi Goreng, Telur Mata, Nasi Putih, Sup Fucuk, Ayam Bakar dan Cili Picit.

menu bekal simple

  • Sabtu: Nasi Putih, Sambal Telur, Sawi Goreng dan Roti Bakar Cheese.

  • Ahad: Nasi Goreng, Roti bakar, Nasi Putih, Ayam Goreng Kunyit, Telur Mata dan Sambal Belacan.

  • Menu tambahan: Bihun Goreng, Sosej, Nasi Putih, Ayam Masak Kicap, Kacang Panjang Goreng.

Menu tambahan ini boleh ditukar pada mana-mana hari yang disukai. Walaupun menu bekal simple, tapi anda akan terasa puas makan selama seminggu di tempat kerja.

Jika sudah biasakan diri untuk mengambil sarapan di rumah, anda boleh jadikan menu bekal simple selain nasi putih itu sebagai minum petang.

Bukan setakat jimat berbelanja, malah anda telah menjaga alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik bungkus makanan apabila bawa bekal sendiri ke tempat kerja.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nabila Sobrie

Baca juga: Idea 10 Menu Untuk Bekal Sekolah Anak, Bila Balik Nampak Bekas Dah Licin!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN