Categories: Infomasi

Mencari Resepi Nasi Beriani Gam Yang Sedap & Mudah? Jom Cuba Resepi Ini, Confirm Jadi!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-30 04:47:55

Nasi Beriani Gam merupakan satu variasi daripada nasi beriani yang merupakan masakan berasaskan nasi yang dicampur rempah. Biasanya nasi beriani menggunakan beras basmati dan ayam, daging kambing, ikan, telur atau sayur-sayuran. 

 

Hidangan nasi beriani gam paling dicari masa kenduri kendara, hari raya mahupun majlis perkahwinan. Hidangan ini menjadi kesukaan ramai sebab senang dimasak dan sangat sedap. Anda yang teringin resepi Nasi Beriani Gam yang super sedap boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Esya Eisya di kumpulan Resepi Masakan di Facebook.

 

 

 

Kredit: Esya Eisya

 

 

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras moghul faiza.
  • Ayam separuh potong sedang-sedang.
  • 1 senduk rempah beriani mak siti.
  • 4 cawan air (guna cawan yang sama sukat beras).
  • Hiris bawang merah dan putih agak-agak.
  • Sedikit 4 sekawan kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih.
  • Sedikit daun pudina.
  • 1 biji tomato di potong 4.
  • 1 sudu minyak sapi.
  • Setengah senduk minyak masak.

 

 

 

Kredit: Esya Eisya

 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dengan minyak sapi.
  2. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris bersama 4 sekawan tumis sampai naik bau.
  3. Masuk rempah beriani yang sudah dibancuh sedikit air. Tumis sampai naik minyak.
  4. Bila rencah dah pecah minyak, masukkan 3 sudu kecil garam dan perasa, baru masuk 1 cawan air.
  5. Bila dah nak didih masuk ayam, kacau dan tutup biar ayam cepat masak. Agak-agak ayam dah masak masukkan daun pudina dan tomato diatas ayam tak perlu kacau.
  6. Terus masukkan beras yang sudah dibasuh lalu masukkan air 3 cawan ratakan dan tutup biar didih sehingga kering.
  7. Bila dah kering kecilkan api dan titikkan pewarna kuning di atas. Nasi jangan kacau terus, tutup biarkan nasi betul-betul kering dan masak. Dah kering baru gaulkan.

 

Tips:

  • Kalau nak pakai daging kena masakkan daging tu sampai empuk atau rebus dulu daging .
  • Rempah Beriani mak siti boleh letak lebih kalau nak nasi tu rasa berempah.

 

 

Kredit: Esya Eisya

 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Esya Eisya

 

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago