Kalau nak mee kari sedap sudah tentu kuahnya perlu tambah santan sedikit supaya pekat dan apa kata anda cuba juga tambahkan sedikit udang kering supaya mee kari sedap terlajak!
Dengan cara ini, pasti yang merasa mi kari itu tidak cukup satu pinggan dan menambah kuah.
Resipi asli daripada Puan Yuhafiqah Mohd Yunus ini pasti akan buatkan orang puji-puji mi kari anda. Jom kita tengok resipinya.
Baca juga: Cara Masak Sambal Udang Yang Ringkas, Ini Petua Isi Juicy & Elak Jadi Kecut!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuatnya:
1. Blendkan bawang besar, bawang putih, halia, dan udang kering. Jika ingin rasa lebih lemak, tambahkan seketul buah keras dalam proses pengisaran.
2. Tumis bahan yang telah diblend sehingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kering.
3. Setelah cili pecah minyak, tambahkan rempah kari daging dan rempah kari udang. Tumis sehingga rempah pecah minyak.
4. Masukkan ayam, kerang, dan sayur-sayuran (lobak merah, kobis, kacang panjang). Kemudian, tuangkan santan dalam jumlah yang sedikit lebih banyak untuk memastikan kuah kari menjadi pekat.
5. Goreng fish ball dan fish cake secara berasingan untuk menambahkan kesan rangup dan masin kepada hidangan. Jangan masukkan dalam kuah agar tekstur tetap rangup.
6. Sediakan telur rebus sebagai pelengkap hidangan.
7. Taburkan bawang goreng, taugeh, potongan cili merah, dan hias dengan hirisan limau kasturi untuk menambahkan lagi cita rasa kepada hidangan.
Selamat mencuba!
Sumber: Yuhafiqah Mohd Yunus
Baca juga: Resipi Nasi Beriani Udang, Guna Bahan Ringkas Tapi Terlajak Sedap!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…