Categories: Resipi

Nasi Ambeng Orang Jawa, Boleh Buat Di Rumah Kalau Ikut Resipi Ini!

Nasi ambeng adalah makanan tradisi masyarakat Jawa yang dihidangkan ketika majlis kenduri dan biasanya mempunyai 10 jenis lauk-pauk untuk nasi ini.

Juadah dari Jawa Timur ini juga dipanggil sebagai nasi berkat sekiranya dibawa pulang ke rumah kerana doa-doa yang dibacakan dalam majlis kenduri yang dihadiri. 

Jom kita tengok resipi nasi ambeng ini.

Baca juga: Mushroom Soup & Garlic Bread Gardenia, Mesti Ketagih Punyalah!

RESIPI NASI AMBENG

Bahan-bahan untuk sayur jawa:

  • 3 peket soun + pucuk
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inci halia, dihiris
  • Kacang panjang atau buncis, dipotong serong
  • 2 peket tempe
  • 3 biji ubi kentang, dipotong kecil dan nipis
  • 10 tangkai cili kering, direndam dalam air panas
  • 1/2 cawan udang, direndam dan di-blend halus
  • Santan kelapa

Cara memasak: 

1. Rendam soun.

2. Goreng pucuk hingga garing. Kemudian, masukkan pucuk yang telah digoreng ke dalam air dan ramas hingga hancur.

3. Goreng kacang panjang, ubi kentang, dan tempe.

4. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering dan udang kering.

5. Kemudian, masukkan semua bahan sayur. Tuangkan santan mengikut kebasahan sayur Jawa. Sesuaikan rasa dengan garam dan aji.

Bahan untuk sambal kelapa:

  • 1 biji kelapa parut
  • 2 biji bawang besar
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan udang kering, direndam dalam air
  • 1 sudu jintan manis
  • 2 sudu biji ketumbar
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu gula
  • Garam
  • Aji

Cara membuatnya:

1. Blend semua bahan kecuali kelapa hingga halus.

2. Sangai kelapa hingga ringan dalam kuali dan ketepikan.

3. Tumis bahan yang telah diblend dengan 1/2 cawan minyak. Tumis hingga garing dan naik bau.

4. Masukkan gula, garam, dan aji. Kemudian, masukkan kelapa yang telah disangai tadi. Gaul rata dan masak sebentar.

Nota: 

  • Anda boleh tambahkan cili mesin untuk memberi warna merah dan kepedasan tambahan kepada sambal kelapa ini.

Bahan untuk Ayam Kicap:

  • 1 ekor ayam
  • 2 labu bawang besar, belah 4 tanpa putus
  • 2 cawan cili mesin
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 4 sudu sos tiram
  • Kicap manis
  • 5 ulas bawang putih, diketuk

Cara Memasak:

1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga garing.

2. Goreng bawang besar hingga layu.

3. Tumis bawang putih hingga garing.

4. Masukkan cili mesin dan masak hingga garing.

5. Masukkan sos tiram dan lada putih. Terakhir, masukkan bawang besar yang telah digoreng tadi.

Bahan untuk Mee Goreng:

  • 1 peket mee
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 sudu cili mesin
  • 1/4 cawan sos tiram
  • 1/4 cawan sos cili
  • Kicap
  • Ayam
  • Sawi

Cara Memasak:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing.

2. Masukkan cili mesin dan masak hingga garing.

3. Masukkan sos cili dan sos tiram.

4. Masukkan mee dan kicap mengikut tahap kehitaman mee. Tambahkan air mengikut kekembangan mee.

5. Sesuaikan rasa dengan sedikit gula, aji, dan garam. Terakhir, masukkan sawi.

Selamat mencuba!

Sumber: Dapur Kakzu

Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

10 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago