Di Kuching, Mee Jawa Rabak menjadi legenda dan menu sarapan kegemaran penduduk tempatan. Juadah ini telah dijadikan sebagai lambang sarapan di Kuching.
Sebenarnya, hidangan ini hampir serupa dengan mi rebus, tetapi memiliki keistimewaan tersendiri dengan penyajian sate dan kuah kacang yang melimpah di atas mi.
Pada masa dahulu, gerai ini beroperasi di Jalan Main Bazaar dan merupakan salah satu gerai mi jawa yang tertua di Kuching kerana telah beroperasi selama 70 tahun. Kini, gerai ini telah berpindah sepenuhnya ke Taman Sukma.
Baca juga: Shell Malaysia Lancar Cafe Shell, Nikmati Kopi Yang Menarik & Berbaloi
Kedai ini mempunyai reputasi pelanggan tetap yang datang untuk menikmati hidangan istimewa ini. Menu ‘lejen’ mereka disajikan bersama sate daging atau sate ayam, disertai kuah kacang, menjadikannya unik dan berbeza dari yang lain.
Walaupun telah berpindah lokasi, gerai ini masih mengekalkan resipi yang sama dan terus menawarkan menu yang sama kepada pelanggan.
Jika anda melancong ke Kuching, bolehlah singgah ke gerai ini.
Lokasi: Lorong Piala 3, Taman Sukma, 93050 Kuching, Sarawak
Masa operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin, dari jam 7 pagi hingga 12 malam.
Bahan-Bahan:
Hiasan:
Cara Memasak:
1. Rebus tulang & daging lembu dalam periuk. Sampai isi daging empuk. Keluarkan isi daging. Air rebusan simpan, nak guna balik.
2. Bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas (hiris halus + blend sekali, tapis buang air).
3. Keledek (kupas bersih, potong kecik-kecil) Rebus keledek sehingga lembut, kemudian blend, tambah air, buat macam puree (1/2kg keledek untuk hidangan 5-6 org).
4. Tumis bahan blend (bawang, lengkuas, serai) sampai wangi. Masukkan serbuk kari & tumis (kalau untuk 4-5 orang makan, sukatan sesenduk kari, letak lebih pun takpe).
5. Dah wangi, masukkan keledek yang dah di blend, tambah air (boleh guna air rebusan daging yang akan diguna untuk bahan hiasan) ikut kuantiti yang anda nak.
6. Masak sampai mendidih, masukkan 2-3 sudu sos tiram, 4-5 sudu kicap manis, garam, gula secukup rasa. Masak sampai mendidih. Selalu kacau bagi rata.
7. Nak celurkan mee kuning – didihkan air, letak sikit bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis dalam air mendidih. Lepas celur dalam air panas, celur lagi sekali dalam air biasa untuk elak mee melekat.
Sumber: I Love Borneo, Iqtiyani Md Al-Amin
Baca juga: Penangan Mee Kari Kuah Laksa, Anak Mamat Khalid Realisasikan Di Ah Mat Cafe
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…