Pelbagai hidangan mee berkuah yang pernah dimakan, tapi sudahkah anda cuba Mee Celup Thai dengan kuah yang sangat lazat?
Mee Celup Thai merupakan hidangan popular di Thailand yang memiliki rupa yang sama seperti mee rebus, namun ada perbezaan di antara kedua-dua hidangan ini.
Mee rebus adalah mee yang direbus sekali dalam kuah bersama bahan-bahan dan terus dituang ke dalam mangkuk, manakala Mee Celup adalah mee yang dicelur dalam air panas kemudian dicelup ke dalam mangkuk yang berkuah.
Nak tahu bagaimana rasa Mee Celup Thai yang lain dari yang lain, anda boleh ikut resipi daripada Faziela Lala di Facebook ini. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Mee Rebus Daging Dengan 5 Langkah, Sekejap Saja Dah Siap!
RESIPI MEE CELUP THAI
Bahan-bahan untuk kuah:
- Tulang atau daging atau ayam
- 1 paket rempah sup Thai (pek oren)
- Bawang putih (diketuk)
- Serai (diketuk)
- Akar Ketumbar
- Daun Ketumbar (dikisar)
- Halia
- Lengkuas
- Kicap sotong atau sos ikan
- Kicap mountain Thai
Bahan-bahan untuk celur:
- Kangkung atau sawi
- Taugeh
- Mee atau kway teow atau bihun atau maggi Thai
Bahan-bahan untuk penambah rasa:
- Lada jeruk
- Limau nipis
- Bawang goreng
- Bawang putih goreng
- Kacang tumbuk
- Serbuk lada sulah
- Minyak cili
*Boleh juga beli bahan penambah rasa yang sudah siap
Cara-cara untuk memasaknya:
1. Tumis bawang putih, akar ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup Thai sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan daun Ketumbar yang telah dikisar untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap mountain Thai.
3. Tambahkan air bersama daging atau ayam, garam dan serbuk perasa, kemudian rebus sehingga daging empuk (apabila daging sudah empuk, boleh keluarkan dan hiris nipis).
4. Akhir sekali, boleh celupkan mee ke dalam kuah dan masukkan bahan penambah rasa. Siap untuk dihidang!
Setelah makan Mee Celup Thai ini, hasil kuahnya memang sedap yang tiada tandingan, silap-silap bakal mak mertua pun terus nak buat anda jadi menantu.
Selamat mencuba!
Sumber: Faziela Lala
Baca juga: Baru Tahu Boleh Buat Mee Goreng Sedap Tanpa Cili Kisar, Guna Bahan ‘Ini’ Saja