mee bandung sedap

Mee bandung sedap memang antara menu kegemaran rakyat Malaysia yang tak pernah jemu dinikmati. Dengan kuah pekat berempah, rasa lemak kacang tanah dan gabungan ayam serta udang, hidangan ini cukup lengkap dan mengenyangkan, memang sesuai untuk bila-bila masa.

Kalau anda sedang mencari resipi mee bandung yang mudah tapi rasa macam di kedai, perkongsian oleh Nazurah Muzafar ini wajib cuba. Guna bahan ringkas dan cara masak yang cepat, hasilnya memang padu dan confirm buat bertambah!

Baca juga: Cara Buat Mee Kari Simple Berkuah Lembut & Pekat, Aromanya Cukup Memikat Selera

RESIPI MEE BANDUNG SEDAP

mee bandung sedap

Bahan-bahan kisar:

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas sehingga halus.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.

3. Masukkan:

  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram

4. Tambahkan ayam dan masak sehingga separuh masak.

5. Masukkan udang (letak kemudian supaya isi kekal juicy).

6. Tuangkan:

  • 500ml air
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • Gula dan garam secukupnya

7. Reneh sehingga ayam masak sepenuhnya dan kuah sedikit pekat.

Rahsia Mee Bandung Sedap

Masukkan:

  • 2 sudu besar kacang tanah (disangai tanpa minyak dan ditumbuk halus)

Ini yang buat kuah jadi lebih lemak, pekat dan ada rasa ‘kick’ yang membezakan mee bandung biasa dengan mee bandung sedap!

Bahan Tambahan

  • 1 biji telur (pecahkan dan kacau perlahan dalam kuah)
  • Sayur ikut selera:
    – Sawi
    – Lobak merah
    – Bunga kobis
    – Tomato

Cara Pekatkan Kuah

  • Bancuh 2 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air
  • Tuangkan ke dalam kuah dan kacau hingga kuah jadi pekat dan berkilat

Cara Hidang

  • Gunakan mee kuning atau yee mee
  • Celur mee terlebih dahulu
  • Tuangkan kuah panas ke atas mee
  • Hidangkan segera untuk rasa mee bandung sedap yang maksimum

Tips Tambahan Supaya Lagi Sedap

  • Tambah cili kisar jika suka lebih pedas
  • Boleh letak sedikit santan untuk rasa lebih berlemak
  • Adjust rasa ikut selera, kunci mee bandung sedap adalah keseimbangan rasa pedas, manis dan masin

Resipi mee bandung ini bukan sahaja mudah, malah sesuai untuk hidangan keluarga kecil. Sekali cuba, memang akan jadi menu repeat di rumah!

Selamat mencuba!

Sumber: Nazurah Muzafar

Baca juga: Cara Masak Mee Goreng ‘Berlemoih’ Satu Kuali, Kuah Pekat & Tak Pernah Gagal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN