Categories: Infomasi

Media Prima Catat Peningkatan Untung Bersih 26 Peratus Pada Suku Pertama 2022

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd merekodkan keuntungan bersih RM5.2 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022, meningkat 26 peratus daripada RM4.2 juta pada suku sama tahun lalu (1QFY21).

Bagaimanapun, perolehan kumpulan menyusut sedikit sebanyak 3.0 peratus kepada RM247.5 juta berbanding RM254.5 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu.

Menurut syarikat media bersepadu itu dalam kenyataan hari ini, pendapatan Media Prima dibantu dengan peningkatan sebanyak 14 peratus dari perolehan pengiklanan, iaitu kepada RM174.4 juta bagi tempoh dikaji berbanding dengan RM152.3 juta pada 1QFY21.

Katanya, perkhidmatan pengiklanan kumpulan dipacu oleh Media Prima Omnia (Omnia), dengan strategi bersepadu yang memanfaatkan jenama-jenama popular Media Prima dan capaian yang tinggi, yang merentas pelbagai platform media.

Pengerusi Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Rafiq Razali.

“Perolehan pengiklanan dari keseluruhan segmen perniagaan kumpulan bertambah baik hasil sumbangan yang tinggi dari perniagaan penyiaran kumpulan,” katanya.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, berkata pihaknya amat berpuas hati dengan pencapaian bagi 1QFY22.

“Pencapaian ini telah disokong oleh hasil sumbangan perolehan pengiklanan yang amat tinggi merentas semua segmen perniagaan, menunjukkan bahawa kita telah mewujudkan strategi dan pasukan jualan yang berdaya saing di bawah Omnia.

“Kumpulan percaya dan yakin bahawa Omnia akan mendapat manfaat dari pembukaan semula ekonomi yang telah mendorong para pengiklan meningkatkan perbelanjaan pengiklanan mereka.

“Kita juga amat gembira dengan prestasi segmen penyiaran dan digital yang telah menyumbang dengan ketara kepada pendapatan keseluruhan kumpulan ini. Semua ini memberikan kita keyakinan bahawa kita sedang berada di posisi yang lebih kuat untuk memberi lebih banyak lagi sebagai syarikat media bersepadu,” katanya.

Tambah beliau, tanpa keadaan yang tidak dijangka, kumpulan kekal optimistik untuk prestasi pada suku-suku yang akan datang dan akan beriltizam untuk terus memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada semua pihak berkepentingan.

Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, berkata kumpulan melangkah ke tahun 2022 dengan mencatatkan keuntungan pada suku pertama berikutan dengan prestasi positif pada tahun 2021, walaupun tempoh tinjauan ini merupakan tempoh yang secara amnya mencabar dari aspek kewangan.

“Ini membuktikan bahawa kumpulan akan kekal berdaya tahan walaupun dengan landskap media yang sering berubah dengan pantas. Namun begitu, dengan peningkatan cabaran dan persaingan akan terus berkembang, kita akan terus menyesuaikan dan melakukan pembaharuan untuk memastikan Media

Prima dapat memberikan yang terbaik kepada pengiklan, dan kepada 98 peratus isi rumah rakyat Malaysia yang kita santuni.

“Ini termasuk memposisikan semula perniagaan perdagangan kita untuk memanfaatkan semua kekuatan kita sebagai syarikat media bersepadu. Kami akan terus memanfaatkan semua platform media dan semua data yang sedia ada merentas perniagaan kami untuk memberikan pengalaman yang lebih baik untuk tiga juta pelanggan WOWSHOP.

“Sebagai pengeluar kandungan terbesar, kita akan terus menitikberatkan penciptaan kandungan, untuk memenuhi permintaan kandungan tempatan dari perkhidmatan penstriman global. Melangkah ke hadapan, matlamat kami adalah untuk mewujudkan lebih banyak sinergi di seluruh perniagaan kami untuk menampilkan nilai kami sebagai kumpulan media bersepadu terkemuka di Malaysia,” kataya.

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago