mda malaysia

Persatuan Digital Malaysia (MDA) hari ini umum barisan kepimpinan baru untuk penggal 2025–2026, sebagai langkah penting untuk terus kekal relevan dalam dunia media digital dan pemasaran yang makin pantas berubah. Perubahan ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan teknologi AI, selain faktor ekonomi dan geopolitik global yang turut memberi kesan kepada perniagaan digital.

mda malaysia

Nicholas Sagau – REV Media (President)

Nicholas Sagau Tony Ngimat, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, kini dilantik sebagai Presiden baru MDA. Manakala Pranav Jha, Ketua Media di GroupM Malaysia, pula dipilih sebagai Naib Presiden. Pelantikan ini menyusul selepas Presiden sebelum ini, Eileen Ooi, dinaikkan sebagai CEO PHD APAC.

Pranav Jha – GroupM (Vice President)

Baca juga: REV Media Group Perkenal REV ID, Bakal Memudahkan Pemasaran Bisnes PKS Dengan Pelbagai Data

Dalam barisan baru ini juga, Cindy Eliza Vaz, Ketua Pegawai Digital di IPG Mediabrands, dipilih sebagai Bendahari. Beliau berpengalaman luas dalam pemasaran berasaskan data dan penyelesaian media, jadi dijangka boleh membantu dari segi strategi digital. Sementara itu, Lydia Wang, yang kini Ketua Pegawai Operasi Star Media Group Berhad, akan terus berperanan sebagai Setiausaha MDA.

Lydia Wang – SMG (Secretary)

“Dunia digital sekarang ini berada di fasa kritikal dan AI dijangka akan mengubah cara kita bekerja dan berkomunikasi, seperti mana teknologi lain pernah buat sebelum ini. Jadi, MDA memainkan peranan penting sebagai pemangkin kolaborasi dan inovasi,” kata Nicholas Sagau.

Cindy Eliza – IPG (Treasurer)

Naib Presiden baru, Pranav Jha, pula berkongsi rasa terujanya,“Saya rasa sangat berbesar hati dapat memikul tanggungjawab ini. Tiga tahun lepas banyak mengajar saya tentang kerjasama antara agensi iklan, penerbit, pengiklan dan syarikat teknologi. Saya tidak sabar ingin membantu teruskan usaha MDA dalam melahirkan bakat baru, memperkenal amalan digital terbaik industri dan hargai kerja hebat warga digital kita.”

Untuk penggal 2025–2026 ini, Majlis MDA turut dianggotai syarikat besar seperti Astro Media Solutions, Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd, FCB Shout, REV Media Group, iMedia Asia Sdn Bhd, PETRONAS, Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Star Media Group Berhad, Vivaki Malaysia dan Xamble Group Limited.

Ingin tahu lebih lanjut pasal MDA dan inisiatif yang tengah dijalankan? Boleh lawati laman rasmi mereka di: https://malaysiandigitalassociation.org.my/.

Baca juga: Rev Media Group Ambil Alih Tantannews, Portal Berita Sosial Popular Berbahasa Cina

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN