Categories: HiburanInfomasi

Serbuk Rempah McCormick Wajah Baharu, Ini Antara Idea Resipi Influencer Yang Boleh Dicuba!

mccormickmccormick

Jika pernah pakai serbuk rempah McCormick, anda mesti tahu betapa mudahnya ia digunakan dan menjadi penyedap rasa dalam masakan.

McCormick yang terkenal sebagai jenama herba dan rempah-ratus #1 di Dunia, kini mengalami perubahan secara inovasi yang mengejutkan ramai pengguna.

Baca juga: Harga Sayur Naik 3 Kali Ganda Pada November Dan Disember, Ini Antara Sayur Yang Terjejas!

MCCORMICK TAMPIL BERWAJAH BAHARU DI SELURUH ASIA TENGGARA

mccormick-1.jpgmccormick-1.jpg

Dulu labelnya hijau, kini McCormick tampilkan rekaan baharu di seluruh Asia Tenggara sempena kempen ‘Create Fresh Memories with McCormick’.

Reka bentuknya berwarna merah, lebih rapi dan bersih, jadi anda dapat capai kualiti dan rasa terbaik dalam hidangan.

Peralihan daripada plastik kepada botol kaca dan pengenalan tudung SnapTight™ termaju serba baharu dapat mengekalkan rasa sedap dan segarnya lebih lama.

Direka lebih mesra pengguna, nama herba dan rempah-ratus dipaparkan pada tudung dan tarikh terbaik digunakan sangat menonjol pada kedua-dua tudung dan botol.

Label telus baharu juga membolehkan anda melihatnya lebih mudah dan tudung serba bolehnya memenuhi kedua-dua akses sudu teh dan percikan.

3 INFLUENCER MALAYSIA TERPILIH MENJADI SPICE STARS MCCORMICK

Bagi memeriahkan lagi kempen, seramai 3 orang influencer Malaysia terpilih menjadi duta yang disebut sebagai Spice Stars iaitu:

  • Michelle Yeong (kiri): Seorang pencipta kandungan yang berkongsi tentang betapa mudahnya membuat makanan ringkas, selesa dan berkhasiat di rumah.

  • Syifa Jamil (tengah): Pencipta kandungan yang memenangi anugerah kerana videonya menampilkan teknik memasak tradisional dan kontemporari.

  • Abdul Qayyum Halid (kanan): Juga dikenali sebagai chesayangkitchen, Qayyum terkenal dengan video “2 minit, 1 resipi” yang berkongsi tutorial memasak pantas untuk hidangan lazat.

ANTARA RESIPI MENARIK DARIPADA INFLUENCER YANG BOLEH DIBUAT DENGAN MCCORMICK

Sewaktu pelancaran, setiap influencer Malaysia ini telah kongsikan idea resipi menarik yang dibuat dengan menggunakan serbuk rempah McCormick.

  • Telur Kukus Dengan Udang – Michelle Yeong

  • Pasta Masak Lemak Cili Api – Syifa Jamil

  • Ayam Goreng – Abdul Qayyum Halid

TAMPILAN PRODUK TERBARU – SPICY KOREAN DAN SICHUAN MALA

Baru-baru ini, McCormick telah melancarkan sos BBQ Grill Mates dalam perisa relevan serantau seperti Spicy Korean dan Sichuan Mala yang kena dengan citarasa Malaysia.

Tak lama lagi, jenama ini akan melancarkan satu siri inovasi produk seperti Shake Shake Black Pepper & Truffle Flavored Seasoning serta Air Fryer Marinade Mixes.

Anda boleh dapatkan produk-produk McCormick di semua pasar raya utama di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang untuk cuba gunakannya sewaktu memasak di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: McCormick & Company

Baca juga: Netizen Malaysia Mengamuk, Juara Masterchef Indonesia Komen Nasi Kandar Rasa Berpasir

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Kacang Tanah Goreng Masin, Ralit Kunyah Sampai Licin Sebekas!

Selain kuaci, kacang tanah goreng juga merupakan kudapan yang digemari ramai, tidak kira kanak-kanak mahupun…

16 mins ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka, Lauk Ringkas Sampai 3 Kali Tambah Nasi!

Mungkin ada yang belum pernah mencuba ikan tenggiri masak cuka ini. Tapi percayalah, hidangan ini…

37 mins ago

Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Buat Ketagih!

Resipi jeruk nenas yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini memang unik dan lain dari…

42 mins ago

Resipi Kentang Goreng Cheese ‘Viral’, Buat Sendiri Lagi Jimat Sebab Bahan Murah!

Resepi kentang goreng cheese 'viral' ini sangat mudah untuk dicuba sendiri di rumah dan bahan-bahannya…

56 mins ago

Cucur Pisang Kembung, Tembam Begini Buat Banyak Kali Pun Tak Jemu

Alangkah sedapnya dapat makan kuih goreng pada waktu sarapan dan minum petang di rumah. Oleh…

2 hours ago

Resipi Sambal Belacan ‘Power’, Gerenti Sedap Sampai Nak Cicah Hari-Hari!

Jika anda sedang mencari resepi sambal belacan sedap, entri kali ini memang untuk anda. Cara…

3 days ago