Mari cuba resipi dari TikTok yang tengah trending iaitu Matcha Brownies ini. Brownies versi ini menggabungkan kek brownies dengan serbuk matcha, yang merupakan serbuk teh hijau Jepun yang dikisar halus.
Ia mempunyai rasa unik yang dicetuskan oleh kehadiran matcha, memberikan keenakan teh hijau yang kaya kepada brownies.
Baca juga: Cara Buat Creme Brulee Dessert Perancis, Hanya Gunakan 3 Bahan Saja
Matcha brownies biasanya mempunyai warna hijau yang menarik dan kepekatan rasa yang berbeza daripada brownies biasa. Kekacang atau coklat juga boleh ditambahkan untuk menambah lagi keunikan dan kelezatan kepada kuih ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Pertama sekali, ayak tepung, serbuk matcha, dan baking powder ke dalam mangkuk.
2. Selepas itu, gunakan kaedah double boil untuk meleburkan coklat putih dan mentega.Boleh juga menggunakan kaedah memanaskan dalam microwave.
3. Seterusnya, pukul gula castor, gula perang, esen vanila, dan telur selama 5 minit sehingga adunan menjadi gebu sedikit.
4. Kemudian, masukkan tepung yang telah kita ayak tadi ke dalam adunan.
5. Gaul adunan menggunakan spatula sahaja, elakkan daripada menggunakan handmixer untuk mengelakkan kehilangan kepekatan adunan. Pastikan gaul rata tanpa memukul adunan terlalu lama.
6. Akhir sekali, bakar dalam suhu 150 atau 160 selama 25 minit. Suhu bakaran mungkin berbeza mengikut jenis oven masing-masing.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Atika Nazirah
Baca juga: Resipi Chocolate Truffles Style Mr. Ali, Terasa Gourmet Buat Dessert Macam Ini
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…