Categories: Infomasi

“Sedap Giler” – Mat Salleh Ini Cuba Makanan Tentera Malaysia



Sempena dengan bulan kemerdekaan ini, mesti di kalangan kita teringin sangat nak tahu apa yang Angkatan Tentera Malaysia makan ketika berperang dahulu.

Mat Saleh ini buat food review mengenai food ration (catuan makanan) yang diberikan kepada para tentera yang dipanggil MRE (Meals – Ready to Eat), atau Melayunya, Rangsum Tempur.

Walaupun tak nampak muka, tapi kitorang tahu lah yang buat food review ni mat saleh sebab cara dia sebut ‘beef rendang’ tu memang jelas ke-mat saleh-annya.

Baca juga: Bosan Makanan Tak Sedap, Banduan Ini Buka TikTok Masakan Dari Penjara

Apa yang menarik, dia nampaknya suka betul dengan makanan catuan tentera kita berdasarkan ulasan yang diberi:

“Kari ni tak pedas, tapi ada rasa kari yang sedap… ayamnya juga ada tekstur yang baik… sangat bagus” – ulasan tentang kari ayam

“Ia lebih pedas dari kari. Pedas, tapi ada rasa manis juga, agak sedap sebenarnya… sangat sedap” – ulasan pasal ikan masam manis

“Sangat berperisa, dan tak begitu pedas. Sangat, sangat sedap” – ulasan untuk rendang daging.

Masa dia tuang makanan tu ke atas pinggan, takdelah teruk sangat rupanya. Yang Steve review tu adalah Menu A sampai Menu D, di mana nampaknya, ada empat kombinasi makanan yang ada.


Biasanya, satu pek makanan catuan tentera mengandungi 10 pek kecil makanan termasuklah biskut, jem, kopi, teh, gula, mancis, suplemen vitamin, dan juga tuala kecil.

Beras dan minyak untuk memasak pula didapati secara berasingan, dan nampaknya Steve tak dapat pulak nasi tu. Tapi nampaknya dalam video review untuk Menu B pulak dia dapat nasi.

Tak kisahlah pasal tu, sebab tanpa nasi pun nampaknya makanan tu nampak ok je. 10 pek makanan lain yang turut ada pula nampaknya semuanya seberat 120 gram setiap satu, yang mengandungi:

  • 2 kantung bungkusan hidangan sayur-sayuran,
  • 2 hidangan daging (daging lembu dan ayam),
  • 2 hidangan berasaskan makanan laut (biasanya ikan),
  • 2 jenis bubur, dan
  • 2 hidangan berasaskan buah

Jadi Steve nampaknya cuba tiga hidangan ni. Kalau korang belum tengok video tu, korang mesti nak tengok untuk dengar komen dia pasal kesemua makanan tu.

Dan nampaknya, semua makanan yang dicuba memang kena dengan seleranya, kecuali sambal bilis (tekstur yang pelik dan terlalu pedas).


Ada yang dah pernah cuba makanan tentera? Jom kongsi di ruangan komen.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago