Bila kita nak mencuba sesuatu resipi baru, mesti belum pandai lagi nak mengagak perasa yang perlu dimasukkan. Lagi-lagi bila melibatkan garam.
Jadi, macam mana kalau lauk yang kita dah masak tu masin pula? Takkan nak terus buang pula. Kalau terlebih tambah air, tawar lanau pula lauk.
Baca juga: Ibu-Ibu Kena ‘Alert’, Cara Defrost Lauk Yang Betul Elak Anak Keracunan
Korang jangan risau, min akan kongsikan beberapa cara untuk ‘selamatkan’ kembali lauk korang. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di dapur.
Pelepah pisang merupakan salah satu bahan yang boleh seimbangkan semula rasa pada masakan yang terlebih masin.
Sediakan saiz kecil potongan pelepah ini, lalu masukkan ke dalam masakan anda dan biarkan hingga mendidih. Kemudian buang pelepah ini bila hendak menghidang.
Potong ubi kentang dengan potongan dadu kemudian masukkan ke dalam masakan dan biarkan sehingga ubi kentang empuk. Selain dapat mengurangkan rasa masin, secara tidak langsung anda telah menambahkan lauk ke dalam masakan anda.
Jika tiada ubi kentang, boleh juga guna sayur-sayuran yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti timun dan terung.
Boleh gunakan perasa lain untuk meneutralkan kembali rasa makanan. Tambahkan sesudu gula, kacaukan dan kemudian tambahkan sesudu perasa masam seperti cuka atau perahan limau nipis.
Boleh ulang beberapa kali sehingga mencapai rasa yang diinginkan. Boleh juga cuba untuk memekatkan kuah lagi dengan cara menambah santan sehingga cukup rasa.
Sediakan sehelai kain nipis kemudian masukkan segenggam beras dan ikatkan seperti sup bunjut. Lalu anda bolehlah masukkan ke dalam masakan anda. Beras ini akan menyerap lebihan rasa masin dan bila rasa masakan itu sudah mula seimbang, bolehlah keluarkan bunjut beras tersebut.
Dengan teknik yang sama seperti membuat bunjut beras, anda boleh ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut. Masukkan bunjut ke dalam lauk dan masak bersama dalam 15 ke 20 minit.
Bunjut hampas kelapa dapat membantu membuang rasa masin berlebihan dan turut memberi rasa lemak pada lauk. Kemudian, boleh keluarkan bunjut tadi dari lauk.
Jadi untuk mereka yang sering kurang yakin untuk mengagak bahan perasa yang perlu dimasukkan ke dalam masakan bolehlah cuba cara-cara ini.
Jangan mudah panik dan jangan putus asa bila masakan yang dimasak tidak jadi seperti yang diinginkan. Semoga bermanfaat.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…