masak tumis daging

Selalu dengar daging masak merah , daging masak kunyit atau daging dibuat rendang. Tapi pernah anda rasa daging masak tumis pedas? Memang padu kalau makan bersama nasi panas.

Resipi ini walaupun nampak rumit tetapi cara penyediaannya sangat mudah.

Kalau tak percaya, jom kita tengok resipi di bawah.

Baca juga: Rahsia Daging Masak Hitam Berempah Padu, Kena Perap Dulu Dengan ‘Bahan Ini’

RESIPI MASAK TUMIS DAGING PEDAS

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu, dipotong besar-besar
  • 10 biji cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kayu manis
  • 1/2 inci belacan
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang serai, dimayang
  • 1 cawan minyak kelapa
  • 2 helai daun kunyit
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 2 biji cili merah, dibelah empat
  • 2 cawan air
  • 1/2 biji kelapa, dijadikan kerisik
  • 1 bungkus serbuk cili (dicampur dengan bahan-bahan yang digiling)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar asam jawa

Cara Penyediaan:

1. Potong daging lembu kepada ketulan besar-besar.

2. Panaskan minyak kelapa dalam kuali.

3. Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dimayang bersama serai sehingga naik bau dan agak kekuningan.

4.  Masukkan bahan yang telah digiling (cili kering, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, dan belacan).

5. Tambahkan sedikit kerisik dan tumis sehingga naik bau wangi.

6. Masukkan daging yang telah dipotong bersama asam jawa, gula, kicap pekat, dan air. Biarkan masakan ini sehingga kuahnya menjadi pekat.

7. Masukkan daun kunyit, bawang besar yang dihiris bulat-bulat, dan cili merah yang dibelah empat. Masak sehingga kuahnya kering dan berminyak.

8.  Angkat dan hidangkan daging tumis pedas ini panas-panas bersama nasi.

Selamat mencuba!

Sumber: Lisa Aisha

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Masak Mi Kari Nyonya, Bertahun Guna Resipi Sama Tak Pernah Jemu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN